KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka 0.43 peratus lebih tinggi pagi ini, dipacu oleh minat belian sederhana, kata seorang peniaga.
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.40 mata kepada 1,473.66 daripada 1,467.26 pada penutup urus niaga Rabu.
Indeks utama itu mengukuh 3.11 mata untuk mencapai paras 1,470.37 ketika memulakan urus niaga pagi ini.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 237 berbanding 104, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,758 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 236.73 juta unit bernilai RM90.93 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, pelabur turut memantau pergerakan semalaman Wall Street yang ditutup tinggi sedikit dengan para pelabur menjangkakan ucapan pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Jackson Hole Jumaat ini akan terus menyebabkan gelombang yang tidak menentu.
"Spekulasi pasaran mengenai ucapan esok juga telah meningkatkan sentimen," katanya kepada Bernama.
Thong berkata walaupun indeks FBM KLCI telah merosot 50 mata sejak lima hari lalu, kegiatan memburu saham berharga murah masih tidak kelihatan kerana sentimen telah berubah menjadi berhati-hati.
"Justeru, kami beranggapan indeks akan bergerak dalam julat 1,460 hingga 1,475 hari ini dan mungkin ada sedikit minat dalam saham tenaga memandangkan minyak mentah Brent kini berlegar melepasi paras US$101 setong. Kami turut mengunjurkan pemulihan untuk saham perladangan," katanya.
Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank naik empat sen kepada RM8.85, Public Bank dan Press Metal menokok satu sen setiap satu kepada RM4.63 dan RM4.66, manakala Petronas Chemicals turun tiga sen menjadi RM8.47.
Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum menambah tiga sen kepada 99 sen dan saham TWL Holdings tidak berubah pada lima sen sementara Serba Dinamik dan warannya juga tidak berubah, masing-masing pada 4.5 sen dan 1.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 47.58 mata kepada 10,497.93, Indeks FBMT 100 meraih 45.88 mata menjadi 10,236.21, FBM 70 memperoleh 62.51 mata kepada 12,663.51, Indeks FBM ACE mengembang 21.36 mata kepada 4,896.33 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 55.05 mata kepada 10,558.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 46.60 mata kepada 16,597.55, Indeks Tenaga meningkat 10.75 mata menjadi 717.94, manakala Indeks Perladangan 29.96 mata lebih baik pada 6,890.79 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.24 mata kepada 180.13.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.40 mata kepada 1,473.66 daripada 1,467.26 pada penutup urus niaga Rabu. -Gambar hiasan/Dagang News
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari berikutan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street
Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,539.83 daripada paras 1,542.53 di akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
Institusi tempatan terus membeli bagi minggu ketujuh berturut-turut
Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ketujuh berturut-turut, dengan pembelian ekuiti domestik bernilai RM430.7 juta,
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.50 mata kepada 1,544.54 daripada 1,551.04 ketika ditutup Jumaat lepas.