Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global, walaupun pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua yang lebih kukuh daripada jangkaan.
Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata barometer pasaran dijangka merosot kepada paras sokongan 1,580 mata pada minggu depan didorong oleh kelemahan global.
"Prestasi FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) seiring dengan prestasi ekuiti global yang rendah berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan yang mula wujud. Ini disebabkan hasil perbendaharaan AS yang tidak menentu dan kedudukan ekonomi AS yang lembap.
"Susulan prestasi bercampur-campur di seluruh dunia, kami menjangka FBM KLCI akan bertahan pada paras 1,600 mata dengan prospek ekonomi domestik yang baik," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dari segi teknikal, FBM KLCI menunjukkan daya tahan di bawah paras sokongan 1,600 mata.
"Bursa tempatan mencatatkan corak 'Bearish Harami' yang kecil hampir dengan paras sokongan yang disebut sebelum ini - petunjuk bahawa aliran penurunan memberi tekanan kepada aliran peningkatan," katanya.
Nazri berkata paras sokongan segera untuk bursa tempatan akan kekal hampir pada 1,580 mata dan sebaliknya, paras halangan segera pada 1,600 mata, manakala paras halangan akan datang dilihat pada 1,630 mata.
Pada minggu ini, penanda aras pasaran susut daripada paras sokongan 1,600 mata menjejaki prestasi Wall Street apabila Dow Jones Industrial Average merosot lebih tiga peratus dalam tempoh dua hari, diklasifikasikan sebagai kejatuhan paling teruk pada tahun ini.
Pada Rabu, pasaran meningkat semula secara sementara berikutan Presiden AS Donald Trump menangguhkan tarif tambahan yang dijangka ke atas barangan eksport China hingga 15 Dis.
Bagaimanapun, bursa tempatan menghadapi penyusutan pada Khamis sekali lagi sejajar dengan bursa serantau disebabkan ketidaktentuan global yang meningkat.
Pada Jumaat, pasaran tempatan ditutup bercampur-campur disokong oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua yang lebih baik daripada jangkaan yang dijangka menjadi pemangkin sementara untuk KLCI minggu depan.
Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 15.83 mata kepada 1,599.22 daripada 1,615.05 minggu lepas.
Dagangan pada minggu ini dipengaruhi oleh prestasi Wall Street, penangguhan tarif oleh AS ke atas barangan China dan pengumuman mengenai KDNK Malaysia.
Indeks FBM Emas merosot 132.22 mata kepada 11,308.11, Indeks FBMT 100 susut 127.22 mata kepada 11,145.65 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 83.35 mata kepada 11,843.22.
FBM 70 susut 230.25 mata kepada 14,074.12 dan Indeks FBM Ace turun 109.92 mata kepada 4,587.72.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 317.48 mata kepada 15,524.51, Indeks Perladangan naik 30.94 mata kepada 6,758.37 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 2.92 mata kepada 149.72.
Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 8.33 bilion unit dengan nilai RM6.6 bilion berbanding 12.45 bilion unit bernilai RM10.11 bilion.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 5.38 bilion saham bernilai RM5.99 bilion berbanding 7.64 bilion saham bernilai RM9.19 bilion.
Jumlah dagangan waran turun kepada 1.75 bilion unit bernilai RM499.52 juta daripada 2.41 bilion unit bernilai RM596.71 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 1.17 bilion saham bernilai RM187.90 juta daripada 2.40 bilion saham bernilai RM318.84 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Nazri berkata paras sokongan segera untuk bursa tempatan akan kekal hampir pada 1,580 mata dan sebaliknya, paras halangan segera pada 1,600 mata, manakala paras halangan akan datang dilihat pada 1,630 mata.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Dr Nazri Khan Adam Khan berkata barometer pasaran dijangka merosot kepada paras sokongan 1,580 mata pada minggu depan didorong oleh kelemahan global.