KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa walaupun Wall Street mempamerkan prestasi lemah semalaman apabila pelabur masih mencerna data ekonomi yang kurang menggalakkan daripada jangkaan menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.29 mata kepada 1,382.55 daripada 1,381.26 pada penutupan Jumaat.
Indeks utama itu memulakan dagangan pada paras 1,382.10, menokok 0.84 mata.
Pergerakan harga di pasaran secara meluas positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 209 berbalas 145, manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,600 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 394.18 juta unit bernilai RM123.84 juta.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada 5 Jun 2023, sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata ia menjangka bursa tempatan akan menjejaki aliran menaik pasaran serantau, disokong oleh aktiviti memburu saham murah hari ini.
"Pelabur juga dilihat memantau keluaran dalam negara kasar (KDNK) Jepun dan zon Euro, serta kadar inflasi China untuk mengukur pergerakan kenaikan kadar faedah global," katanya.
Firma pembrokeran itu mengunjurkan sektor kewangan akan menyaksikan pemulihan berikutan kemerosotan jualan minggu lepas manakala sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) dijangka menjadi tumpuan selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperluaskan penggunaan RE di Malaysia.
"Selain itu, kaunter berkaitan hartanah mungkin menyerlah di tengah-tengah keyakinan terhadap pemulihan ekonomi," tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat satu sen kepada RM8.59 dan RM6.56, Public Bank menambah dua sen menjadi RM3.80 manakala Tenaga Nasional turun lapan sen untuk mencatatkan harga RM9.34 dan CelcomDigi lemah dua sen kepada RM4.46.
Bagi kaunter aktif, Classita dan Bintai Kinden masing-masing menokok 1.5 sen kepada 13.5 sen dan lapan sen, Techna-X lebih tinggi satu sen kepada 2.5 sen manakala Bumi Armada kerugian 13.0 sen kepada 50.5 sen dan Dagang NeXchange turun 1.5 sen kepada 50.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 merosot 0.69 mata menjadi 9,907.76, Indeks FBM Emas Syariah turun 2.25 mata kepada 10,588.61 sementara Indeks FBM 70 susut 42.13 mata kepada 153,562.51.
Indeks FBM ACE pula memperoleh 2.11 mata kepada 5,072.37 dan Indeks FBM Emas meraih 0.44 mata kepada 10,207.61.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.60 mata kepada 15,118.55, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.18 mata menjadi 159.96 dan Indeks Perladangan meningkat 28.16 mata kepada 6,652.72 manakala Indeks Tenaga menguncup 16.15 mata kepada 795.13.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.29 mata kepada 1,382.55. - Gambar hiasan
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Tiada petunjuk baharu, prospek dasar as asak Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street.