KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia didagangkan lebih rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini di tengah-tengah prestasi lemah semalaman Wall Street.
Pada 10.01 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 4.13 mata kepada 1,406.74 daripada penutupan Selasa pada 1,410.87, selepas dibuka 3.55 mata lebih rendah pada 1,407.32.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 368 berbalas 169, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,591 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung
Jumlah dagangan yang dicatatkan adalah sebanyak 498.83 juta unit bernilai RM317.57 juta
Dalam satu nota, naib presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat dagangan di bursa tempatan dijangka kekal lemah berikutan ketidaktentuan yang kian ketara di peringkat serantau.
"Namun begitu, kami menjangkakan kemunculan beberapa kegiatan memburu saham murah dalam saham kewangan selepas seminggu mencatatkan penurunan berturut-turut dan indeks utama diunjur berada dalam julat 1,405-1,420 hari ini," tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.23 dan Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM8.36 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.91, Maybank dan CIMB kedua-duanya susut satu sen kepada RM8.56 dan RM5.11 dan TNB kerugian tiga sen kepada RM8.69.
Bagi saham aktif, PT Resources naik 3.5 sen menjadi 40.5 sen, Velesto tidak berubah pada 11.5 sen, Cnergenz turun empat sen kepada RM1.08, dan LGMS susut satu sen RM1.23.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 30.30 mata kepada 10,049.64, FBM 70 susut 34.83 mata menjadi 12,212.48 manakala Indeks FBMT 100 menguncup 28.51 mata kepada 9,795.0.
Sementara itu, indeks FBM Emas Syariah menyusut sebanyak 25.24 mata kepada 10,151.32 dan FBM ACE jatuh 33.06 mata kepada 4,675.32.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga 7.02 mata lebih rendah pada 680.13, Indeks Perladangan turun 36.55 mata kepada 6,543.53, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 53.24 mata menjadi 15,901.32 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.5 mata kepada 171.19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Pada 10.01 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 4.13 mata kepada 1,406.74. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.