Skip to main content

Bisnes

MAG kurangkan 6 peratus kapasiti penerbangan pada tahun 2026

Menurut Nasaruddin, pengurusan kapasiti itu penting bagi memastikan operasi kumpulan kekal mampan ketika berdepan tekanan kos, selain mengekalkan keseimbangan antara permintaan penumpang dan keupayaan operasi. - Gambar fail/Bernama
Menurut Nasaruddin, pengurusan kapasiti itu penting bagi memastikan operasi kumpulan kekal mampan ketika berdepan tekanan kos, selain mengekalkan keseimbangan antara permintaan penumpang dan keupayaan operasi. - Gambar fail/Bernama

Ringkasan AI

  • Malaysia Aviation Group (MAG) mengurangkan kapasiti penerbangan kira-kira enam peratus tahun ini akibat peningkatan kos operasi, terutamanya harga bahan api.
  • Pengurangan kapasiti dilaksanakan secara terpilih bagi memastikan operasi kumpulan kekal mampan dalam persekitaran industri penerbangan yang mencabar.
  • MAG akan terus mengambil pendekatan pertumbuhan berdisiplin untuk mengekalkan keseimbangan antara permintaan penumpang dan keupayaan operasi kumpulan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengurangkan kapasiti penerbangannya kira-kira enam peratus tahun ini susulan peningkatan kos operasi, khususnya tekanan daripada kenaikan harga bahan api.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, langkah itu dilaksanakan secara terpilih bagi mengurus kos operasi dalam persekitaran industri penerbangan yang semakin mencabar.

“Tahun ini, kami telah membuat pengurangan kapasiti secara terpilih, iaitu kira-kira enam peratus daripada kapasiti kami berikutan peningkatan kos operasi bahan api,” katanya ketika sidang media selepas pengumuman pemerolehan pesawat Boeing 787 Dreamliner, di sini, pada Rabu.

Advertisement

Beliau berkata, pengurusan kapasiti itu penting bagi memastikan operasi kumpulan kekal mampan ketika berdepan tekanan kos, selain mengekalkan keseimbangan antara permintaan penumpang dan keupayaan operasi.

Tambah Nasaruddin, MAG akan terus mengambil pendekatan pertumbuhan yang berdisiplin bagi memastikan pengembangan perniagaan tidak menjejaskan kedudukan kewangan dan kecekapan operasi kumpulan.

Advertisement

Langkah pengurusan kapasiti itu mencerminkan pendekatan MAG dalam menangani peningkatan kos operasi, khususnya bahan api, sambil memastikan kelangsungan dan daya saing perniagaan penerbangan kumpulan berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement