KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini dengan indeks utama meningkat sebanyak 0.18 peratus susulan minat belian terhadap kaunter perladangan saham wajaran tinggi.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.71 mata kepada 1,491.51 daripada paras penutup 1,488.80 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik dua mata kepada 1,490.80 dan bergerak antara paras 1,487.34 dan 1,497.24 sepanjang hari dagangan.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 344, manakala 379 kaunter tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 3.94 bilion unit bernilai RM3.07 bilion daripada 4.71 bilion unit bernilai RM4.41 bilion pada Rabu.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI ditutup tinggi sedikit sejajar dengan sentimen yang bertambah baik di pasaran ekuiti global.
Beliau berkata, indeks utama serantau juga kukuh susulan petunjuk positif daripada Wall Street semalam selepas kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell yang membayangkan kemajuan perlahan langkah mengetatkan monetari.
"Sementara itu, unjuran global bagi pasaran Asia positif susulan prospek kadar faedah yang bertambah baik dan peningkatan ekuiti China apabila data Indeks Pengurus Pembelian dan ekonominya mempamerkan prestasi lebih baik daripada jangkaan," katanya kepada Bernama.
Rakuten Trade juga terus yakin dengan ekuiti tempatan yang mendapat rangsangan daripada prestasi memberangsangkan pendapatan korporat dan asas ekonomi tempatan yang bertambah baik.
"Susulan itu, kami menjangka FBM KLCI mencecah paras ketahanan pada 1,500," katanya.
Di rantau Asia, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.75 peratus kepada 18,736.44, Indeks Komposit Shanghai naik 0.45 peratus kepada 3,165.47, Indeks Shenzhen menokok 1.40 peratus kepada 11,264.16, Nikkei 225 Jepun menambah 0.92 peratus kepada 28,226.08 dan Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.07 peratus kepada 3,292.73.
Sementara itu, penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong menjangkakan sentimen yang positif menghala ke penghujung tahun yang biasanya menyaksikan aktiviti memperelokkan akaun.
"Pada masa yang sama para pelabur juga memantau rapat perkembangan politik di Malaysia terutamanya pelantikan Kabinet kerajaan dalam tempoh terdekat ini.
"Dari segi teknikal, paras ketahanan segera FBM KLCI berada pada 1,500, manakala paras sokongan tempoh terdekat dilihat pada 1,465," kata Leong kepada Bernama.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.62, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.47 dan CIMB berkurangan lima sen kepada RM5.75, manakala Petronas Chemicals melonjak 13 sen kepada RM8.67 dan Tenaga meningkat lapan sen kepada RM9.50.
Dalam kalangan kaunter cergas, Infomina naik 24 sen kepada 82 sen, Leform meningkat 3.5 sen kepada 22 sen, MY E.G menokok 6.5 sen kepada 95 sen, Green Packet menambah 1.5 sen kepada tujuh sen manakala Advance Synergy jatuh 1.5 sen kepada 17.5 sen.
Di Papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 60.77 mata kepada 10,694.47, Indeks FBMT 100 naik 52.98 mata kepada 10,405.24, Indeks FBM Emas Shariah menokok 120.17 mata kepada 10,903.26, FBM 70 menambah 202.18 mata kepada 13,053.27 dan FBM ACE naik 79.82 mata kepada 5,290.97.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 56.48 mata kepada 16,566.86, Indeks Perladangan naik 93.52 mata kepada 6,821.29 dan Indeks Tenaga meningkat 17.80 mata kepada 785.31, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.48 mata kepada 183.24.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.36 bilion saham bernilai RM2.49 bilion berbanding 2.68 bilion saham bernilai RM4.09 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 433.85 juta saham bernilai RM74.16 juta daripada 416.42 juta unit bernilai RM65.11 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 1.15 bilion saham bernilai RM504.39 juta daripada 1.61 bilion saham bernilai RM258.21 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 446.22 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (430.61 juta); pembinaan (79.90 juta); teknologi (421.96 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (88.54 juta); hartanah (198.74 juta); perladangan (28.59 juta); REITs (7.65 juta), dana tertutup (32,000); tenaga (298.96 juta); penjagaan kesihatan (125.63 juta); telekomunikasi dan media (153.36 juta); pengangkutan dan logistik (48.88 juta) dan utiliti (31.13 juta).
- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini dengan indeks utama meningkat sebanyak 0.18 peratus susulan minat belian terhadap kaunter perladangan saham wajaran tinggi. - Gambar fail

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

Bursa Malaysia meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.93 mata kepada 1,491.43 daripada 1,485.50 pada Selasa.

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan sentimen positif
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.31 mata kepada 1,500.86 daripada paras penutup 1,497.55 pada Jumaat minggu lepas.

Digi.com Bhd umum cadangan tukar nama kepada CelcomDigi Bhd
Cadangan penukaran nama itu adalah selaras dengan obligasi syarikat di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 21 Jun, 2021.

Unit Uzma peroleh kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell
Kontrak tersebut melibatkan pembekalan perencat hidrat kinetik, perencat pengakisan dan perkhidmatan berkaitan untuk medan gas Timi Shell.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.07 mata kepada 1,500.40 daripada 1,500.33 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana
Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pada Rabu.

Bursa Malaysia kumpul RM3.49 bilion dalam penyenaraian pada 2022
Bursa Malaysia Bhd berjaya mengumpulkan sejumlah RM3.49 bilion menerusi penyenaraian primer dan sekunder sepanjang tahun lepas, peningkatan sebanyak 27 peratus daripada RM2.75 bilion pada 2021.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah positif dan mencecah paras tertinggi harian pada Jumaat.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, sentimen semakin positif apabila inflasi AS mereda
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada urus niaga pagi Jumaat didorong oleh sentimen positif selepas angka Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini menunjukkan inflasi di Amerika Syarikat terus menurun.

Dagangan sekuriti Serba Dinamik disambung semula pagi ini
Ia turut memaklumkan mengenai Pekeliling Penyenaraian berkaitan dengan penggantungan dagangan SERBADK yang akan berkuat kuasa bermula 9.00 pagi ini.