awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia lanjutkan tempoh serahan penyata kewangan

Bernama
Bernama
16/04/2020
20:01 MYT
Bursa Malaysia lanjutkan tempoh serahan penyata kewangan
Langkah bantuan tambahan ini dilaksanakan susulan mengambil perhatian terhadap tindakan dasar oleh kerajaan. - Bernama
Bursa Malaysia Bhd memberikan lanjutan masa untuk penerbit tersenarai menyerahkan penyata kewangan masing-masing, satu lagi pendekatan bagi membantu dan menyokong penerbit tersenarai dalam tempoh mencabar ini berikutan wabak COVID-19.
Bursa Malaysia juga memberikan fleksibiliti yang lebih besar bagi pengumpulan dana menerusi peningkatan had mandat umum untuk terbitan sekuriti baharu, dan memberikan bantuan tambahan untuk mengurangkan pematuhan terhadap peraturannya.
Langkah bantuan tambahan ini dilaksanakan susulan mengambil perhatian terhadap tindakan dasar oleh kerajaan untuk mengurangkan cabaran berkaitan pemulihan perniagaan dan operasi penerbit tersenarai.
"Langkah sementara ini bertujuan mengurangkan pematuhan oleh penerbit tersenarai dan melancarkan pengumpulan dana untuk keperluan modal kerja mereka secara tepat waktu dan penjimatan kos," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata Bursa Malaysia akan terus mengadakan libat urus dengan peserta pasaran modal untuk menyediakan penyelesaian bertumpuan tambahan yang difikirkan sesuai, yang dapat membolehkan mereka mengharungi secara lancar persekitaran operasi yang pantas berubah.
Layari www.bursamalaysia.com untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai langkah bantuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#COVID-19
#ekonomi
#kerajaan
#pematuhan
#penyata kewangan
#Umar Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan