awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Asrama pekerja binaan di Seremban terbakar
DUNIA
Perang Gaza belum tamat tanpa pembebasan tebusan - Duta Israel
POLITIK
Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 Nov
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Bursa Malaysia lulus cadangan pelan pemulihan Sapura Energy keluar daripada status PN17

Bernama
Bernama
30/06/2025
15:15 MYT
Bursa Malaysia lulus cadangan pelan pemulihan Sapura Energy keluar daripada status PN17
Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.
"Pelan pemulihan semula yang dicadangkan itu terdiri daripada cadangan penstrukturan semula modal, penstrukturan semula hutang, cadangan pengumpulan dana dan cadangan pengecualian," kata Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu memperoleh status PN17 pada 31 Mei, 2022 berikutan ekuiti pemegang saham yang disatukan sebanyak RM85 juta kurang 50 peratus daripada modal sahamnya sebanyak RM10.87 bilion pada 31 Jan, 2022, dan ketidakpastian material berkaitan yang dinyatakan oleh juruaudit syarikat dalam penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan 2022.
Sapura Energy memohon lanjutan tarikh akhir buat kali pertama pada 31 Mei, 2023, dengan permohonan lanjutan terbaharu dibuat pada 17 Dis, 2024, untuk lanjutan selama enam bulan sehingga 31 Mei, 2025.
Bagi mendapatkan kelulusan, Sapura Energy dan penasihat utamanya bagi cadangan pelan pemulihan itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd mesti mematuhi sepenuhnya peruntukan berkaitan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama berhubung pelaksanaan pelan yang dicadangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Sapura Energy
#PN17
#pelan pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami