KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk mendorong pergerakan pasaran.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.59 mata kepada 1,530.83 daripada 1,538.42 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.91 mata lebih rendah kepada 1,536.51.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 255 berbanding 191 manakala 344 kaunter tidak berubah, 1,548 kaunter tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 331.77 juta unit bernilai RM179.45 juta.
Peniaga ActivTrades Anderson Alves berkata pasaran ekuiti Asia dijangka mengalami dagangan menurun pada Rabu memandangkan kebimbangan mengenai mudah tunai dan dinamik dagangan akhir bulan memberi kesan kepada pergerakan harga jangka pendek.
"Penting di sini kerana ketiadaan tema pasaran dominan pada masa ini, manakala turun naik ketara di semua aset pada tahap rendah dan ekuiti Amerika Syarikat kekal berdaya tahan.
"Peniaga menantikan panduan seterusnya daripada pegawai Rizab Persekutuan AS dan petunjuk ekonomi utama dari China, selain perbincangan berterusan mengenai dasar fiskal," katanya.
Alves berkata dalam sesi dagangan hari ini, tumpuan akan diberikan kepada pengimbangan semula dan penetapan dagangan, terutama melibatkan euro, yen Jepun dan yuan China.
"Aktiviti ini menekankan hubungan kompleks antara permintaan korporat dan pelarasan kewangan akhir bulan. Tempoh ini ditandai dengan peningkatan jumlah dagangan dan langkah mengambil risiko berarah, memberi kesan kepada pasaran bon dan putaran sektor dalam ekuiti," katanya.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut 1.0 sen kepada RM9.68, Tenaga Nasional susut 8.0 sen kepada RM11.12 dan Petronas Chemical turun 3.0 sen kepada RM6.80, manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.25 manakala CIMB Group menambah 1.0 sen kepada RM6.51.
Antara saham aktif, Zantat Holdings meningkat 13.0 sen kepada 38 sen, MMAG Holdings dan Computer Forms masing-masing menambah 1.0 sen kepada 18 sen dan 16 sen manakala Techbase Industries dan Ingenieur Gudang masing-masing tidak berubah pada 20.5 sen dan 16.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 39.59 mata kepada 11,522.01, Indeks FBMT 100 kurang 40.82 mata kepada 11,165.50 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 58.65 mata kepada 11,607.11.
Indeks FBM 70 menambah 0.54 mata kepada 16,102.10 dan Indeks FBM ACE naik 1.72 mata kepada 4,911.74.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.28 mata kepada 179.24, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.34 mata kepada 17,208.70, Indeks Perladangan turun 37.90 mata kepada 7,306.62 namun, Indeks Tenaga meningkat 5.34 mata kepada 943.59.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Khamis 28 Mac, 2024 sempena Nuzul Quran -- cuti yang turut diambil oleh beberapa negeri di Malaysia.
Bursa tempatan dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada Jumaat 29 Mac, 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.59 mata kepada 1,530.83 daripada 1,538.42 ketika ditutup pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#AWANI745
#AWANI745
Tangkapan anak MB Perlis, tidak jejas sokongan
Tangkapan ke atas anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan lima lagi individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM600,000 tidak menjejaskan perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang ditandingi Perikatan Nasional.
#AWANI745
#AWANI745
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.