KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya untuk dibuka tinggi pagi Rabu ini.
Prestasi itu dirangsang oleh pergerakan kukuh semalaman ekuiti AS dengan kerancakan urus niaga di Nasdaq berjaya menebus kembali kerugian yang dicatatkan sebelumnya ketika kadar perolehan bon Amerika Syarikat mulai turun.
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.94 mata kepada 1,630.72 daripada 1,624.78 ketika ditutup pada urus niaga petang Selasa.
Indeks utama dibuka 4.25 mata lebih tinggi kepada 1,629.03.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 420 berbalas 145 manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,316 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 436.02 juta unit bernilai RM282.23 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dengan pemulihan ekonomi mula menunjukkan hasil berikutan penyusutan kes COVID-19, FBM KLCI meneruskan pergerakan menaik dengan indeks utama berada melepasi tahap psikologi 1,600.
"Dengan mengambil petunjuk daripada peningkatan kukuh saham berwajaran tinggi teknologi di Wall Street, kami menjangkakan aktiviti membeli ketika harga saham murah akan muncul untuk saham teknologi tempatan," katanya.
Ia turut maklum harga minyak sawit mentah (MSM) terus mengukuh menghampiri paras RM4,000 satu tan.
"Memandangkan Nasdaq telah bangkit semula, peserta pasaran mungkin mengambil pegangan masing-masing dalam sektor teknologi dan pada masa sama, terus membeli di kaunter yang agak ketinggalan terutama sektor bertemakan pemulihan seperti penerbangan, pengguna, pembinaan dan hartanah.
"Selain itu, kami menjangkakan beberapa minat belian di kaunter perladangan terutamanya ketika harga MSM terus mengukuh," tambahnya.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM8.51 dan RM4.66, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.45, Tenaga turun dua sen kepada RM10.68 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.13.
Antara kaunter paling cergas, KTG dan waran Dagang Nexchange masing-masing meningkat satu sen pada 24 sen dan 35.5 sen, Dagang Nexchange menambah 1.5 sen kepada 74.5 sen, Saudee Group naik enam sen kepada 60 sen dan Dynaciate tidak berubah pada 15 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 61.87 mata kepada 11,896.84, Indeks FBMT 100 meningkat 58.12 mata kepada 11,599.48 dan Indeks FBM Emas Syariah 79.97 mata lebih tinggi pada 13,102.69.
FBM ACE melonjak 114.36 mata kepada 10,304.08 dan FBM 70 mengukuh 139.78 mata kepada 15,761.09.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 18.67 mata kepada 15,761.09, Indeks Perladangan mengembang 4.32 mata kepada 7,172.0 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.68 mata menjadi 187.90.
- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya untuk dibuka tinggi pagi Rabu ini. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.