BISNES
Capital A, KTMB meterai MoU jalin kerjasama dalam logistik, perjalananan

Capital A berkata MoU itu ditandatangani pada 13 Julai lepas dan menggariskan rangka kerja tidak terikat untuk kerjasama antara kedua-dua pihak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk meneroka kerjasama strategik termasuk dalam perkhidmatan perjalanan, logistik, makanan dan minuman serta program kesetiaan.
Ringkasan AI
- Capital A Bhd menandatangani MoU dengan KTMB untuk meneroka kerjasama strategik dalam perjalanan, logistik, makanan dan minuman serta program kesetiaan.
- Antara inisiatif yang dirancang termasuk gabungan tempahan tiket kereta api dan penerbangan, integrasi rangkaian kargo antara Teleport dan KTMB Kargo, serta katering oleh Santan dalam kereta api.
- Penumpang bakal menikmati pertukaran mata kesetiaan antara Rail Points dan AirAsia Rewards, dengan BigPay sebagai platform pembayaran pilihan, tanpa kesan ke atas modal atau kewangan Capital A.
"Inisiatif utama di bawah kerjasama itu termasuk potensi gabungan tempahan tiket kereta api dan penerbangan, perkhidmatan ulang-alik jarak jauh ke Lapangan Terbang Senai, integrasi rangkaian kargo antara Teleport dan KTMB Kargo, serta katering dalam kereta api oleh Santan.
"Penumpang juga akan mendapat manfaat daripada pertukaran mata kesetiaan antara Rail Points dan AirAsia Rewards, dengan BigPay dianggap sebagai platform pembayaran pilihan," katanya.
Syarikat itu berkata MoU tersebut tidak akan membawa sebarang kesan ke atas modal saham, pendapatan, aset bersih atau tahap kadar hutang kumpulan Capital A.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami