awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Pesawat IAT ATR 42-500 terhempas: Pasukan SAR jumpa mayat kedua
PM Jepun Takaichi bubar Dewan Rendah pada Jumaat ini, pilihan raya umum 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capital A lengkapkan penyenaraian 2.31 bilion saham, laksanakan penempatan persendirian

Bernama
Bernama
19/01/2026
09:31 MYT
Capital A lengkapkan penyenaraian 2.31 bilion saham, laksanakan penempatan persendirian
Capital A Bhd mengumumkan sebanyak 2.31 bilion saham pertimbangan telah berjaya disenaraikan dan diniagakan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd mengumumkan sebanyak 2.31 bilion saham pertimbangan, termasuk 1.69 bilion saham untuk pengagihan, telah berjaya disenaraikan dan diniagakan di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.
Ini melengkapkan pelaksanaan proses pengagihan saham, hasil daripada pengambilalihannya ke atas AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB).
Dalam makluman dengan Bursa Malaysia, RHB Investment Bank Bhd bagi pihak lembaga pengarah Capital A mengesahkan penyenaraian dan urus niaga saham pertimbangan dan saham pengagihan itu, telah memuktamadkan proses pengagihan kepada kumpulan dan pemegang sahamnya yang berhak.
Sementara itu, dalam makluman berasingan, AirAsia X Bhd (AAX) mengumumkan sejumlah 606.06 juta saham penempatan yang diterbitkan di bawah pelaksanaan penempatan persendirian AAX turut disenaraikan dan diniagakan hari ini, sekali gus melengkapkan cadangan pelaksanaan penempatan persendirian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Capital A
#Bursa Malaysia
#AirAsia Aviation Group Ltd
#AirAsia Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan