awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caring dinyahsenarai daripada bursa pada 8 Mei

Bernama
Bernama
04/05/2020
12:47 MYT
Caring dinyahsenarai daripada bursa pada 8 Mei
Pada 14 April lepas, syarikat itu telah mengemukakan permohonan kepada bursa berhubung penarikan balik status penyenaraiannya. - Gambar fail
Caring Pharmacy Group Bhd (Caring) akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 8 Mei ini, demikian menurut syarikat itu dalam maklumannya kepada bursa pada Isnin.
Pada 14 April lepas, syarikat itu telah mengemukakan permohonan kepada bursa berhubung penarikan balik status penyenaraiannya mengikut Perenggan 16.07(a) dan 16.08 Ketetapan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.
Malah, dagangan saham-sahamnya turut digantung pada 20 April susulan keputusan 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM) untuk tidak mengekalkan penyenaraian tersebut selepas tawaran pengambilalihan menerusi tawaran awam mandatori (MGO) mencecah paras penerimaan 90.91 peratus (20 Mac).
Tawaran MGO dibuat oleh SEM terhadap Caring pada RM2.60 sesaham selepas anak syarikat milik penuhnya, Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd dan pihak terbabit membuat cadangan pengambilalihan 25.35 peratus kepentingan dalam Caring pada November lepas, sekali gus meningkatkan pegangan saham kolektif kepada 38.57 peratus.
Pada 27 April lepas, SEM mengemukakan notis kepada pemegang saham Caring yang tidak bersetuju dengan pengambialihan saham belum dimilikinya dalam rangkaian farmasi itu pada harga sama RM2.60 sesaham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Caring Pharmacy
#Malaysia
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan