awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta

Bernama
Bernama
06/07/2023
03:00 MYT
CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
Peningkatan jumlah bayaran itu berbanding RM58.94 juta pada 2021, akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak.
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata peningkatan jumlah bayaran itu berbanding RM58.94 juta pada 2021, akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak.
"Jumlah syer keseluruhan CBP adalah RM985.43 juta setakat 31 Dis 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) CBP bagi tahun kewangan berakhir 2022 seperti yang dimohon.
"Kadar dividen bersih bagi tahun 2022 adalah sebanyak 6.88 peratus bagi syer iRCPS dan 6.30 peratus bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia," kata Khairil Anuar.
Pengeluaran dividen secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web e-Semakan CBP bermula 7 Julai 2023 manakala penyata dividen boleh disemak mulai 11 Julai 2023 di https://dividen.cbp.com.my.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun 2021 yang berjumlah RM86.14 juta, didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh pengurusan CBP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CBP
#pembayaran dividen
#tahun kewangan
#Khairil Anuar Mohamad Anuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan