awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CBRE|WTW jual Menara TM melalui penyataan minat, tender

Bernama
Bernama
09/02/2022
12:55 MYT
CBRE|WTW jual Menara TM melalui penyataan minat, tender
CBRE|WTW berkata, ia juga sedang mencari pelabur berpotensi untuk membuat bidaan melalui tender bagi menara korporat TM, Menara TM Semarak dan Wisma TM Taman Desa, menjelang tengah hari pada 31 Mac 2022. - Gambar/ FB TM Group
KUALA LUMPUR: WTW Real Estate Sdn Bhd (CBRE|WTW) menawarkan bangunan ibu pejabat Telekom Malaysia Bhd (TM), Menara TM dan menara korporatnya untuk dijual melalui penyataan minat (EOI) dan pelaksanaan tender.
Dalam satu kenyataan hari ini, CBRE|WTW sebagai ejen pemasaran eksklusif yang dilantik, mengatakan ia kini sedang mendapatkan EOI yang tidak mengikat untuk Menara TM daripada pelabur berpotensi bagi membeli bangunan itu, yang terletak di koridor KL Sentral-Bangsar South, menjelang tengah hari pada 18 Mac 2022.
CBRE|WTW berkata, ia juga sedang mencari pelabur berpotensi untuk membuat bidaan melalui tender bagi menara korporat TM, Menara TM Semarak dan Wisma TM Taman Desa, menjelang tengah hari pada 31 Mac 2022.
Ia juga mengatakan bahawa Menara ABS Bhd adalah syarikat tujuan khas milik amanah yang diperbadankan semata-mata untuk transaksi jual beli dan pajakan balik yang melibatkan empat hartanah pada 2008.
BACA: TM tidak terbabit dalam penjualan Menara TM
Tiga daripadanya ialah Menara TM, Menara TM Semarak serta Wisma TM Taman Desa dan hartanah ini dipegang di bawah perjanjian pajakan induk selama 15 tahun dengan TM, katanya.
Hartanah tersebut merupakan sebahagian daripada portfolio transaksi jualan dan pajakan balik Islam yang melibatkan penerbitan sukuk ijarah bersandarkan aset Islam (Dana ABS).
Pemegang sukuk ABS telah menandatangani perjanjian ijarah induk dan melaburkannya ke dalam dana ABS yang tamat tempoh pada 15 Jan 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menara TM
#penjualan menara tm
#WTW Real Estate
#Telekom Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan