SHAH ALAM: Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd., Cenergi SEA Bhd. menandatangani perjanjian pakatan perniagaan strategik (SBAA) dengan Fabulous Sunview Sdn. Bhd. (Sunview) bagi membangunkan projek solar fotovoltaik berskala utiliti.
Kerjasama itu juga membabitkan penyediaan penyelesaian tenaga mampan bersepadu untuk membantu pelanggan komersial dan perindustrian mencapai matlamat nyahkarbon dan kelestarian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi, Hairol Azizi Tajudin berkata, kerjasama itu menandakan satu lagi kejayaan bagi Cenergi, berikutan terbitan program Sukuk Hijau Korporat tahun lalu.
Syarikat juga, katanya, baru-baru ini dianugerahkan dengan 5 projek feed-in-tariff (FiT) biogas dengan jumlah kapasiti 10.8MW oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
"Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan organisasi bereputasi seperti Sunview untuk menawarkan penyelesaian tenaga mampan kepada pelanggan di Malaysia dan Asia Tenggara.
"Pada masa sama, membantu mempercepatkan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka dan menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) kepada 40% menjelang 2035 dan ke arah status neutral karbon seawal 2050," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di bawah kerjasama strategik itu, Cenergi berperanan sebagai pemaju projek, pelabur dan operator manakala Sunview, yang merupakan peneraju perkhidmatan solar akan terlibat sebagai rakan kongsi bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).
Kedua-dua pihak secara agresif membangunkan lebih 25 megawatt (MW) projek solar di Malaysia, termasuk pemasangan solar atas bumbung kos sifar untuk pelanggan korporat dan perindustrian serta ladang solar berskala besar (LSS).
Berdasarkan pencapaian itu, kedua-dua syarikat berhasrat untuk meningkatkan kerjasama strategik mereka dengan menambah lebih banyak projek solar sehingga 100 MW sama ada pada program LSS, skim New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) atau Perjanjian Pembelian Tenaga Maya masa hadapan (Skim VPPA).
Pada masa sama, mereka juga menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya projek solar di atas bumbung dengan kapasiti 15 MW dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunview, Ong Hang Ping berkata, pihaknya komited untuk menyediakan penyelesaian RE terbaik bagi memenuhi visi dan matlamat Cenergi.
"Selain daripada projek komersial dan perindustrian, kami kini sedang membangunkan kira-kira 11MWp ladang solar tanah di bawah skim NEDA untuk Cenergi dan berharap dapat melaksanakan lebih banyak projek untuk Cenergi pada masa hadapan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jun 03 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi, Hairol Azizi Tajudin (2 dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunview, Ong Hang Ping (2 dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian pakatan perniagaan strategik di Shah Alam, hari ini. - Foto Cenergi

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik."

KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
KWAP akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya terus daki ranking FIFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Muhyiddin selesai beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong luang masa santuni penduduk Sungkai
Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

Cenergi SEA, Fabulous Sunview tawar penyelesaian tenaga mampan bersepadu
Kerjasama itu juga membabitkan penyediaan penyelesaian tenaga mampan bersepadu untuk membantu pelanggan komersial dan perindustrian mencapai matlamat nyahkarbon dan kelestarian.