BUSINESS
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian

Bursa Malaysia telah memulakan pelan penggantian CEO Datuk Muhammad Umar Swift, mempertimbangkan calon dalaman dan luar.
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd pada Isnin mengesahkan telah memulakan pelan penggantian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Muhammad Umar Swift yang dilaporkan media berhasrat melepaskan jawatan itu.
Ringkasan AI
- Bursa Malaysia telah memulakan pelan penggantian CEO Datuk Muhammad Umar Swift, mempertimbangkan calon dalaman dan luar.
- Lembaga Pengarah Bursa Malaysia sedang dalam proses penggantian CEO melalui jawatankuasa pencalonan dan saraan.
- Datuk Fad'l Mohamed, pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd, disebut sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Muhammad Umar Swift.
Laporan media menyatakan jawatan Muhammad Umar berkemungkinan diambil alih oleh Datuk Fad'l Mohamed yang pada masa ini merupakan pengarah urusan perbankan borong kumpulan RHB Bank Bhd.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami