awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO OSOM didakwa seleweng wang syarikat

Amanz
Amanz
02/09/2024
00:30 MYT
CEO OSOM didakwa seleweng wang syarikat
OSOM hanya sempat menawarkan telefon pintar OV1 pada 2021 tetapi jualan tertangguh ke 2022. - Foto Amanz
SELEPAS Essential ditutup disebabkan kegagalan PH.1, bekas kakitangan syarikat menubuhkan pula OSOM dengan tumpuan diberikan kepada penghasilan peranti yang memberikan penekanan kepada privasi.
Kini muncul laporan mengatakan CEO syarikat melakukan penyelewengan untuk menampung hobi peribadi.
Bekas ketua pegawai privasi OSOM, Mary Stone Ross memfailkan saman ke atas OSOM dan mendedahkan CEO Jason Keats menggunakan dana syarikat untuk menampung hobi berlumba kereta beliau.
Antara yang dilakukan beliau ialah membeli dua kereta Lamborghini, menggaji seorang pemandu dan membeli tiket kapal terbang kelas pertama untuk berlumba semuanya dengan dana syarikat.
OSOM hanya sempat menawarkan telefon pintar OV1 pada 2021 tetapi jualan tertangguh ke 2022.
Peranti tidak mendapat sambutan dan kemudian dilancarkan semula sebagai Solana Saga untuk menyokong rantaian blok Solana.
Keats kemudian cuba menjual syarikat kepada HP tetapi ia gagal dan kemudian ingin menghasilkan pula kamera dengan kuasa kecerdasan buatan (AI).
Syarikat kini berhadapan dengan masalah kewangan.
Sumber: Android Authority
Topic Berkaitan
#OSOM
#seleweng duit syarikat
#saman
#CEO OSOM Jason Keats
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan