KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.

Dalam satu pengumuman ringkas di Bursa Malaysia hari ini, IHH berkata Ayrle juga akan bercuti sehingga kontrak kerjanya di Singapura berakhir.

Laman web rasmi penyedia penjagaan kesihatan bersepadu itu menunjukkan Ayrle dilantik sebagai CFO kumpulan pada 1 Feb 2021.

Dengan pengalaman antarabangsa yang kaya dari Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, China dan Thailand, Ayrle akan bertanggungjawab menyediakan kepimpinan kewangan termasuk panduan strategik untuk IHH dan operasinya selain membangunkan pelan perniagaan.



-- BERNAMA