awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CFO Kumpulan Maybank letak jawatan

Bernama
Bernama
28/06/2021
14:28 MYT
CFO Kumpulan Maybank letak jawatan
Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan Amirul akan berkuat kuasa menjelang 15 Julai depan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) Malayan Banking Bhd (Maybank) Datuk Amirul Feisal Wan Zahir telah meletak jawatan untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di institusi berkaitan kerajaan.
Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan Amirul akan berkuat kuasa menjelang 15 Julai depan.
"Maybank telah memulakan proses mengenal pasti GCFO baharu, sejajar dengan pelan penggantian sedia adanya.
"Kami akan membuat pengumuman apabila keputusan dibuat," kata bank itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata Maybank telah melantik pengawal kewangan kumpulan, Khalijah Ismail sebagai pemangku GCFO bagi menyelia fungsi kewangan kumpulan.
"Lembaga pengarah dan pengurusan Maybank melahirkan penghargaan kepada Amirul atas sumbangan serta kepimpinan beliau dalam kumpulan dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan
#GCFO
#CFO Kumpulan
#Maybank
#Amirul Feisal Wan Zahir
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan