awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chatime Malaysia, EZ Qurban laksana ibadah korban, bantu keluarga asnaf

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2022
23:00 MYT
Chatime Malaysia, EZ Qurban laksana ibadah korban, bantu keluarga asnaf
Di bawah inisiatif ChatimeCares, Chatime Malaysia terus konsisten dalam membuat perubahan positif di kalangan komuniti yang amat memerlukan. - Foto Chatime Malaysia
KUALA LUMPUR: Sempena Hari Raya Aidiladha, Chatime Malaysia dengan kerjasama EZ Qurban menganjurkan ibadah korban bersama 300 sukarelawan di tiga lokasi terpilih.
Ia dilaksanakan di Masjid Jamek Sungai Plong di Sungai Buloh, Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali, berikutan pengaktifan dan program CSR di bawah inisiatif ChatimeCares, ia mendorong pihaknya untuk terus konsisten dalam membuat perubahan positif di kalangan komuniti yang amat memerlukan.
“Sebagai jenama global yang bertapak kukuh di Malaysia, kami mahu lakukan yang terbaik dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia Widayu Latiff menjelaskan, walaupun pihaknya cuba yang terbaik dalam membantu mereka yang memerlukan, ia tidak mampu dilakukan secara bersendirian.
“Kami amat menggalakkan badan-badan korporat dan komersial serta individu lain untuk turut serta menghulurkan bantuan melalui agihan korban sambil kita menempuhi fasa endemik yang amat mencabar,” ujarnya.
Difahamkan, seramai 250 asnaf menerima menerima daging korban sumbangan EZ Qurban dan barangan asas berbentuk beras sumbangan Chatime Malaysia.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Ibadah Korban
#Chatime Malaysia
#EZ Qurban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan