China dan Asean perlu bekerjasama lebih erat lagi bagi memastikan kestabilan kewangan, ekonomi dan politik serantau, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu penting bagi memanfaatkan sepenuhnya potensi kedua-dua ekonomi.
Hubungan diplomatik perlu menjadi saluran respons pilihan utama dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dan mempermudahkan lagi perdagangan antara kedua-dua pihak.
Kerana peribahasa Cina ada menyebut 'sekiranya anda mahu pergi cepat, anda pergi sendiri; sekiranya anda mahu pergi jauh, pergi bersama orang lain'," katanya dalam ucap tama beliau pada Forum Ekonomi Cina Sedunia Ke-6, di sini, Khamis.
Asean, katanya, akan menjadi rakan dagangan terbesar China pada tahun depan, yang berlaku serentak dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).
Muhyiddin berkata perdagangan Asean dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini semakin meningkat hasil daripada perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Asean-China.
Perjanjian itu mengurangkan kadar tarif purata bagi barangan China yang dieksport ke negara-negara Asean daripada 12.8 peratus kepada 0.6 peratus, manakala kadar tarif bagi barangan Asean yang dieksport ke China pula berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 0.1 peratus.
Beliau berkata Asean juga bekerjasama rapat dengan China bagi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan menyediakan peluang bagi negara-negara untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi lebih saksama dan terangkum.
Penandatangan RCEP, apabila ia dimuktamadkan, akan menyumbang kepada hampir separuh penduduk dunia, dan hampir dengan peratusan yang sama daripada perdagangan global, katanya.
Menegaskan lagi hujahnya berhubung perkara itu, beliau berkata ekonomi China-Asean kini juga telah semakin serasi.
Memandangkan orientasi semula China ke arah mengukuhkan permintaan domestik ditambah dengan pembangunan pesat perbandaran dan peningkatan kelas pertengahan, ini akan merangsang permintaan bagi produk dan perkhidmatan dari anggota Asean," kata Muhyiddin.
Beliau berkata pasaran pengguna Asean dengan jumlah penduduk seramai 600 juta orang juga merupakan daya tarikan menarik bagi perniagaan China.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada September tahun ini menyenaraikan China sebagai ekonomi terbesar dunia dari segi kesamarataan kuasa beli, mengatasi Amerika Syarikat, katanya.
Bagi pasaran negara ini, beliau berkata China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia, dan Malaysia rakan dagangan terbesar China di Asean.
Menyentuh mengenai tragedi pesawat MH370 dan MH17 Malaysian Airlines (MAS), Timbalan Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya kerajaan China di atas bantuan pengetahuan dan kepakaran teknikal mereka yang amat bernilai dan yang paling penting kesabaran dan sikap memahami mereka terhadap Malaysia semasa tempoh-tempoh sukar itu.
Penerbangan MH370 dengan 239 orang penumpang termasuk warga China yang sedang dalam perjalanan ke Beijing hilang daripada radar sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.
Manakala penerbangan MH17 terhempas di selatan Ukraine pada 17 Julai, semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Muhyiddin berada di sini sempena lawatan rasminya selama enam hari ke China merangkumi Beijing, Shanghai dan Chongqing sejak Ahad.
Bernama
Thu Dec 04 2014
MUHYIDDIN: Hubungan diplomatik perlu menjadi saluran respons pilihan utama dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dan mempermudahkan lagi perdagangan antara kedua-dua pihak.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.