KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) terus mengukuhkan keselamatan platform perbankan digital mereka dan memerangi penipuan dengan pelancaran langkah-langkah keselamatan baharu bagi aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO.
Kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pengukuhan keselamatan baharu itu termasuklah kebenaran SecureTAC mandatori menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi urus niaga bernilai RM100 ke atas dan proses pengesahan panggilan pelanggan mandatori bagi log masuk aplikasi kali pertama.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata langkah-langkah keselamatan baharu itu perlu bagi mewujudkan persekitaran perbankan yang lebih selamat walaupun pada mulanya mungkin akan menjadi kurang selesa sedikit.
"Kami akan terus memperkenalkan langkah-langkah tambahan bagi mengurangkan lagi risiko penipuan dan memastikan pelanggan boleh berurusniaga dengan lebih tenang.
"Berkuat kuasa 5 Dis, 2022, CIMB akan melaksanakan kebenaran SecureTAC mandatori bagi urus niaga web CIMB Clicks bernilai RM100 ke atas termasuk pindahan dana bukan-pilihan, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar," katanya.
Menurutnya, pelanggan juga tidak lagi akan menerima TAC SMS bagi urus niaga ini dan sebaliknya mereka perlu memuat naik Aplikasi CIMB Clicks dan meluluskan urus niaga menerusi SecureTAC.
CIMB berkata ia merancang untuk meluaskan kebenaran SecureTAC dengan memasukkan sebarang urus niaga bernilai RM100 ke bawah serta urus niaga bukan monetari pada separuh pertama 2023.
Dalam pada itu, kumpulan perbankan tersebut juga menggesa semua pelanggan yang masih belum memuat naik aplikasi CIMB Clicks untuk berbuat demikian di gedung aplikasi rasmi dan menghidupkan pemberitahuan dalam tetapan untuk menerima SecureTAC.
Berkuat kuasa 26 Dis, 2022, pengguna baharu atau pengguna sedia ada yang log masuk ke aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO di peranti baharu akan perlu melalui proses pengesahan panggilan bagi memastikan pemegang akaun itu sendiri memulakan sebarang percubaan log masuk kali pertama atau pertukaran peranti.
CIMB berkata ia telah menaik taraf sistem pengurusan penipuan setiap masa bagi mengenal pasti dengan lebih baik lagi petunjuk potensi aktiviti penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
Langkah-langkah keselamatan baharu itu perlu bagi mewujudkan persekitaran perbankan yang lebih selamat. - Gambar fail
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan
Perkhidmatan termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan.
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks utama naik 4.36 mata, disokong oleh aktiviti belian di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
CIMB sasar jumlah pinjaman tumbuh 5-7 peratus pada tahun ini
Bagi tempoh sama, nisbah kos kepada pendapatan pula di bawah 46.9 peratus manakala liputan kerugian pinjaman antara 30 dan 40 mata asas.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, teruskan momentum kenaikan
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.48 mata kepada 1,456.74 berbanding 1,456.26 pada akhir dagangan semalam.
CIMB ganda usaha realisasi aspirasi jadi peneraju kelestarian ASEAN
CIMB terus kukuhkan komitmen kelestariannya dengan meningkatkan sasaran kewangan lestari kepada RM100 bilion menjelang 2024.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street
Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa.