BUSINESS
Cip Huawei Ascend 920 dilancar sebagai pesaing NVIDIA H20 di China

Ascend 920 menggunakan teknologi 6nm SMIC dan adalah kemas kini kepada Ascend 910c yang menggunakan teknologi 7nm SMIC. - Foto Amanz
CIP kecerdasan buatan (AI) Huawei Ascend 920 dilancarkan di China hujung minggu lalu sebagai alternatif kepada cip NVIDIA H20 yang kini diharamkan jualannya oleh Amerika Syarikat.
Ascend 920 menggunakan teknologi 6nm SMIC dan adalah kemas kini kepada Ascend 910c yang menggunakan teknologi 7nm SMIC.
Prestasi cip Ascend 920 ialah 900 TFLOPS, lebar jalur memori of 4,000 GB/s dan menawarkan peningkatan prestasi antara 30-40% lebih baik berbanding cip Ascend generasi terdahulu.
Dengan China dikenakan halangan membeli cip AI yang mempunyai teknologi Amerika Syarikat, penggunaan cip AI buatan tempatan ialah satu-satunya alternatif untuk syarikat China.Minggu lalu Huawei melancarkan sistem komputer AI CloudMatrix 384 sebagai pesaing NVIDIA GB200 NVL72 dengan ia mempunyai prestasi lebih tinggi tetapi menggunakan lebih banyak kuasa elektrik serta cip lebih banyak Ascend 910c.
Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat tidak menunjukkan petanda akan berakhir dalam masa terdekat.
Ini akan memacu inovasi dari kedua-dua pihak yang ingin membebaskan diri daripada pergantungan antara sat sama lain.
Sumber: DigiTimes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami