awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Korea Selatan, NATO tubuh badan perunding industri pertahanan
MALAYSIA
Cubaan seludup 56.81 kg dadah RM5.56 juta guna kurier udara di KLIA gagal
MALAYSIA
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Citaglobal, Republik Kyrgyz akan bekerjasama dalam projek tenaga

Bernama
Bernama
25/06/2025
22:45 MYT
Sponsor Banner
Citaglobal, Republik Kyrgyz akan bekerjasama dalam projek tenaga
Citaglobal berkata dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MoU untuk projek tenaga di Republik Kyrgyz tepat pada masanya dan strategik, sejajar dengan kekuatan teras syarikat dalam tenaga, infrastruktur dan perkongsian serantau.
KUALA LUMPUR: Citaglobal Bhd semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Tenaga Republik Kyrgyz untuk menjalin kerjasama memajukan projek tenaga di republik itu, khususnya dalam pembinaan kemudahan tenaga boleh baharu.
Kumpulan tenaga, kejuruteraan awam dan pembinaan itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan dan analisis bersama berkaitan pelaksanaannya dan membuat keputusan yang dipersetujui bersama.
Mereka juga akan bekerjasama dalam membangunkan program kerjasama dan interaksi yang komprehensif serta cadangan untuk prosedur dan syarat pelaburan yang berkaitan dengan projek, kata syarikat itu.
Citaglobal berkata MoU itu berkuat kuasa serta-merta bagi tempoh setahun dan setiap pihak boleh pada bila-bila masa menamatkannya dengan memberikan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi tidak kurang dua bulan sebelum tamat tempoh MoU.
"Pelaksanaan MoU bagi projek itu sejajar dengan matlamat strategik kumpulan untuk mengembangkan kehadiran dalam sektor tenaga dan mengembangkan jejak antarabangsanya.
"Ketika Republik Kyrgyz memajukan agenda nasionalnya untuk menjadi pengeksport tenaga bersih serantau dan hab tenaga hijau, MoU ini tepat pada masanya dan strategik untuk Citaglobal, sejajar dengan kekuatan teras syarikat dalam tenaga, infrastruktur dan perkongsian serantau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Citaglobal
#projek tenaga
#Republik Kyrgyz
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami