Skip to main content

Bisnes

CTOS SME Biz Day Pulau Pinang perkasa PMKS melalui AI, Pendigitalan dan Pematuhan

CTOS SME, credit: CTOS
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Ankur Sehgal dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen di CTOS SME Biz Day 2026 Pulau Pinang. - Foto CTOS
Advertisement

BAYAN LEPAS: Kira-kira 2,000 usahawan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pemimpin korporat, institusi kewangan, penyedia teknologi serta agensi kerajaan berhimpun di CTOS SME Biz Day 2026 Pulau Pinang bagi meneroka peluang pembiayaan, pendigitalan dan pematuhan untuk mengembangkan perniagaan.

Berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, di sini, program yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen itu menghimpunkan pemain industri dalam satu platform bagi membantu PMKS membina rangkaian strategik, mengakses penyelesaian digital dan mempercepat pertumbuhan mampan.

Image
CTOS SME, credit: CTOS
Ankur Sehgal ketika berucap pada CTOS SME Biz Day 2026 Pulau Pinang, pada Selasa. - Foto CTOS

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Ankur Sehgal, berkata CTOS SME Biz Day diwujudkan bagi memberi keyakinan kepada PMKS untuk berkembang dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.

"CTOS SME Biz Day diwujudkan dengan satu objektif yang mudah, yakni membantu PMKS bertumbuh dengan penuh yakin.

“Perniagaan kini memerlukan akses kepada risikan yang dipercayai, pembiayaan kewangan, keupayaan digital dan rangkaian perniagaan yang kuat.

“Acara hari ini membawakan ke semua elemen ini di bawah bumbung yang sama. 

"Selain daripada teknologi, acara hari ini turut memberi tumpuan terhadap pembinaan sebuah ekosistem di mana para peniaga bergabung, bukan bersaing secara terasing,’ katanya pada CTOS SME Biz Day 2026 Pulau Pinang, di sini, pada Selasa.

Antara pengumuman utama ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara CTOS dan RAMS Fintech Sdn Bhd, anak syarikat milik tidak langsung penuh Ramssol Group Berhad, bagi menyokong pelaksanaan Pay Day Now, platform penyelesaian akses gaji awal (Earned Wage Access, EWA).

Menerusi kerjasama itu, CTOS akan menyediakan keupayaan Credit Management, Know Your Customer (KYC) dan Ultimate Beneficial Ownership (UBO) bagi melancarkan proses pengenalan perniagaan ke platform Pay Day Now, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan kewangan digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab kepada majikan serta pekerja.

Image
CTOS SME, credit: CTOS
Kira-kira 2,000 usahawan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pemimpin korporat, institusi kewangan, penyedia teknologi serta agensi kerajaan berhimpun di CTOS SME Biz Day 2026 Pulau Pinang. - Foto CTOS

Mengulas kerjasama tersebut, Ankur berkata usaha itu mencerminkan komitmen bersama CTOS dan RAMS Fintech untuk memperluaskan akses kepada penyelesaian kewangan digital yang lebih selamat, bertanggungjawab serta mudah digunakan oleh majikan dan pekerja.

"Kerjasama hari ini dengan RAMS Fintech, anak syarikat milik tidak langsung penuh Ramssol Group Berhad melambangkan komitmen bersama untuk mengecapi solusi kewangan yang lebih mudah diakses, selamat dan bertanggungjawab.

“Dengan integrasi keupayaan CTOS termasuk Credit Management, Know Your Customer (KYC) dan Ultimate Beneficiary Ownership (UBO) ke platform Pay Day Now, kami mampu membantu penyerapan majikan ke platform Pay Day Now dengan lebih yakin dalam masa yang sama mempermudahkan pengalaman mereka dan pekerja.

“Hubungan kerjasama yang boleh dipercayai akan memainkan peranan penting dalam membina ekosistem kewangan yang teguh.

“Kami berbangga dengan kerjasama ini demi menyokong para majikan yang terdiri daripada pelbagai saiz dengan solusi inovatif yang bukan sahaja menguatkan kesejahteraan kewangan tetapi memupuk dasar peniagaan yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Pada masa sama, CTOS memperkenalkan Compliance Lifecycle Management (CLM), penyelesaian baharu berasaskan keupayaan KYC dan pelaporan UBO yang membantu organisasi memperkemas usaha wajar, pengurusan risiko serta pematuhan kawal selia, termasuk keperluan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

CTOS turut mengetengahkan penyelesaian berteraskan kecerdasan buatan (AI) seperti CTOS Credit Manager X (CMX)yang membantu mempercepat keputusan kredit melalui analitik dan automasi, selain melancarkan CTOS BizSecure, perkhidmatan Managed Detection and Response (MDR) yang dipacu AI dan disokong Security Operations Centre 24 jam bagi membantu PMKS menghadapi ancaman siber tanpa perlu membangunkan pasukan keselamatan dalaman.

Image
CTOS SME, credit: CTOS
(Dari kiri) Aireen Omar, Khairy Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Colony Co-Working & Event Space merangkap Pencipta Kandungan, Timothy Tiah pada sesi panel. - Foto CTOS

Selain Pavilion Pembiayaan, acara itu turut menampilkan sesi perkongsian, forum panel dan kelas pakar berkaitan AI, transformasi digital, pembiayaan, keselamatan siber, pematuhan dan kesihatan kredit. Antara panelis yang hadir ialah Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Good Foodie Media, Pinn Yang, Pengasas Oriental Coffee, Datuk Calvin Chan dan Penasihat Perniagaan, Aireen Omar.

CTOS SME Biz Day 2026 disokong oleh pelbagai rakan strategik termasuk Microsoft, Unifi Business, Amazon Web Services, CelcomDigi, GD Xchange, Zoho, Ramssol Group, Maxis dan MDEC, manakala Universiti Sunway kembali sebagai Rakan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Jelajah CTOS SME Biz Day 2026 akan diteruskan ke Johor Bahru pada 8 September 2026, sekali gus melengkapkan siri kebangsaan tahun ini.

Must Watch Video

Advertisement