KUALA LUMPUR: Deloitte Malaysia menjangkakan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Feb depan, akan turut menyenaraikan pelaksanaan cukai minimum global (GMT).
Firma perkhidmatan kewangan itu berkata, kemungkinan pelaksanaan oleh kebanyakan negara, termasuk Malaysia adalah ketara susulan perkembangan terbaharu yang berlaku di peringkat dunia.
Menurutnya, ini termasuk pengumuman Pakej Panduan Pentadbiran dan Pelaksanaan Yang Dipersetujui oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengenai GMT serta tindakan Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, Qatar, Indonesia, Switzerland dan lainnya membabitkan aspek itu.
Pengarah Percukaian Antarabangsa firma itu, Kelvin Yee juga menegaskan bahawa GMT tersebut tidak bergantung kepada kerajaan yang memerintah.
"GMT ini telah pun disebut dalam ucapan Belanjawan 2023 pada 7 Okt 2022 dan dijadual dilaksanakan pada 2024.
"Malah, kami menjangkakan perkara ini akan ditekankan lagi pada 24 Februari kelak. Tidak seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cukai keuntungan modal dan cukai warisan yang merupakan pilihan untuk pertimbangan kerajaan, GMT ini adalah sebaliknya.
"Sekiranya Malaysia memilih untuk tidak melaksanakannya, hak percukaian tersebut tetap boleh dilaksanakan oleh negara lain yang mahu berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Yee berkata, secara ringkasnya, GMT pada kadar 15 peratus adalah tahap rendah baharu bagi kadar cukai efektif (ETR) untuk kalangan syarikat multinasional (MNC) yang besar.
Jelas beliau, MNC boleh beroperasi di negara-negara bercukai rendah, sifar cukai atau yang menawarkan insentif cukai menarik.
Namun, GMT secara global itu akan dilaksanakan bagi memastikan cukai sebanyak 15 peratus itu dapat dibayar di lokasi mana pun di dunia, katanya.
"MNC beroperasi dalam sekurang-kurangnya dua bidang kuasa dengan tumpuan merangkumi pendapatan kumpulan disatukan tahunan berjumlah minimum 750 juta euro dalam dua daripada empat tahun tahun fiskal sebelumnya.
"Oleh itu, ini boleh menjejaskan beberapa kumpulan besar tertentu, terutama kumpulan yang tersenarai di Malaysia dan pelaburan masuk daripada MNC yang berpangkalan di luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Pengarah Percukaian Antarabangsa Deloitte Malaysia Kelvin Yee berkata, sekiranya Malaysia memilih untuk tidak melaksanakannya, hak percukaian tersebut tetap boleh dilaksanakan oleh negara lain yang mahu berbuat demikian. - Gambar hiasan
Anak perempuan Tommy Thomas cabar PM Australia
Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah akan bertanding menentang Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler pada Pilihan Raya Persekutuan negara itu, pada 3 Mei ini.
Tarif AS: Tiada negara boleh tetapkan tarif perdagangan ikut kehendak mereka- Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak ada negara termasuk Amerika Syarikat (AS) boleh membuat ketetapan mengenai tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga berpotensi menjejaskan struktur ekonomi negara lain.
Kerana wanita, dua kumpulan lelaki merusuh di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam rusuhan melibatakn dua kumpulan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bangsar, Jumaat lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Belanjawan 2024: Kerajaan dijangka jana pendapatan cukai perkhidmatan tambahan RM900 juta - Deloitte
Kerajaan dijangka menjana pendapatan cukai perkhidmatan tambahan sebanyak RM900 juta pada 2024 berikutan rancangannya untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan.

Cukai minimum global dijangka disenaraikan dalam Belanjawan 2023 - Deloitte Malaysia
Deloitte Malaysia berkata, kemungkinan pelaksanaan GMT adalah ketara susulan perkembangan terbaharu yang berlaku di peringkat dunia.

Kabinet pimpinan Najib setuju laporan audit 1MDB disemak Ketua Audit Negara - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Jemaah Menteri (JM) sebelum ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju agar Ketua Audit Negara meneliti laporan audit 1MDB

Siasatan FIC: Deloitte Malaysia nafi diserbu, beri kerjasama penuh dengan SPRM
Tan Theng Hooi berkata Deloitte Malaysia tidak disiasat susulan pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC).