Dagangan pasaran derivatif Bursa Malaysia digantung susulan gangguan sistem Globex

Bursa memaklumkan bahawa semua produk derivatif yang didagangkan di Globex iaitu platform elektronik bagi dagangan derivatif global milik Chicago Mercantile Exchange (CME) Group terjejas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dagangan di pasaran derivatif Bursa Malaysia dihentikan sementara pada 10.36 pagi susulan gangguan sistem Globex.
Dalam satu kenyataan, bursa memaklumkan bahawa semua produk derivatif yang didagangkan di Globex iaitu platform elektronik bagi dagangan derivatif global milik Chicago Mercantile Exchange (CME) Group terjejas.
"Kami sedang berusaha menguruskan situasi ini dan bekerjasama dengan CME Group untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin. Keutamaan kami adalah bagi meminimumkan kesan serta memastikan integriti pasaran," katanya.
Bursa itu berkata pihaknya akan memberikan maklumat terkini kepada semua pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


