Skip to main content

Malaysia

Reformasi TVET perlu diperkasa bagi penuhi keperluan industri

Walaupun pelbagai inisiatif berkaitan TVET, STEM dan ekonomi digital telah diperkenalkan, masih terdapat kelemahan dari segi penyelarasan dasar serta pelaksanaannya.
Walaupun pelbagai inisiatif berkaitan TVET, STEM dan ekonomi digital telah diperkenalkan, masih terdapat kelemahan dari segi penyelarasan dasar serta pelaksanaannya.

Ringkasan AI

  • Kerajaan digesa melaksanakan reformasi pembangunan bakat negara dengan menekankan TVET, STEM, teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
  • Ketidaksepadanan kemahiran antara graduan dan keperluan industri masih berlaku, menjejaskan produktiviti serta usaha meningkatkan pendapatan negara.
  • Penyelarasan dasar dan pendedahan awal pelajar kepada bidang berkemahiran tinggi disaran bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh dalam pembangunan bakat negara dengan memberi penekanan kepada Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), STEM serta penguasaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, pendekatan lebih strategik dan tersusun diperlukan bagi memastikan pembangunan tenaga kerja tempatan seiring perubahan pasaran pekerjaan serta keperluan ekonomi masa hadapan.

Menurutnya, Malaysia masih berdepan isu ketidaksepadanan kemahiran antara graduan dengan keperluan industri yang boleh menjejaskan usaha meningkatkan produktiviti negara.

Advertisement

"Usaha memperluas peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi juga penting bagi memastikan Malaysia tidak terus terperangkap dalam perangkap negara berpendapatan sederhana," katanya ketika mengusulkan reformasi pembangunan bakat negara dengan memperkukuh bidang TVET, STEM dan teknologi digital.

Katanya, walaupun pelbagai inisiatif berkaitan TVET, STEM dan ekonomi digital telah diperkenalkan, masih terdapat kelemahan dari segi penyelarasan dasar serta pelaksanaannya.

Advertisement

"Pendedahan yang lebih awal dan menyeluruh terhadap TVET, STEM, teknologi digital serta AI amat penting bagi memastikan pelajar mempunyai kemahiran yang relevan serta mampu memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan," katanya.

Jelas beliau, kegagalan membangunkan bakat tempatan yang kompetitif berisiko menyebabkan negara terus bergantung kepada tenaga kerja asing serta bakat luar untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi.

Keadaan itu, katanya, boleh memberi kesan kepada produktiviti dan daya saing Malaysia dalam menghadapi persaingan ekonomi global.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan memperkukuh penyelarasan dasar pembangunan bakat, memperluas pendedahan awal pelajar kepada laluan kerjaya dalam bidang TVET, STEM, teknologi digital dan AI serta memastikan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi diwujudkan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement