Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mewujudkan dana baharu bernilai RM30 juta bagi memudahkan penyelidikan dalam penjenteraan industri sawit.
Menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata Dana Penjenteraan Kelapa Sawit itu dilancarkan dengan peruntukan RM25 juta daripada kerajaan, manakala RM5 juta lagi menerusi sumbangan sektor swasta.
"Saya yakin sektor swasta akan tampil memberi sumbangan untuk terus menggalakkan penjenteraan (dalam industri sawit).
"Setakat ini, sebuah syarikat telah menyumbang RM1 juta untuk dana tersebut," katanya pada sidang media selepas pelancaran 'Seminar Unjuran dan Kajian Semula Ekonomi Minyak Sawit 2017' anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini pada Selasa.
Beliau berkata antara lain, dana ini akan digunakan untuk membiayai penyelidikan mengenai penjenteraan di pusat-pusat penyelidikan di dalam dan luar negara, memperoleh teknologi penjenteraan, dan menganjurkan pertandingan dan pengubahsuaian peralatan.
Dana berkenaan akan diurus oleh MPOB dengan penyertaan wakil daripada syarikat perladangan, akademik dan pihak yang berkaitan, katanya dan menambah dana itu juga dapat merangsang produktiviti, kecekapan dan penghasilan minyak sawit yang berkualiti.
"Industri minyak sawit berintensifkan buruh, menggaji 431,357 pekerja di ladang-ladang, dengan 77 peratus atau 332,135 terdiri daripada pekerja asing.
"Menerusi teknologi dan peralatan yang lebih cekap, kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dalam jangka masa panjang," katanya.
Mah berkata untuk masa depan, kementerian itu menyasarkan seorang pekerja bagi setiap 12 hektar berbanding seorang pekerja bagi setiap lapan hektar pada masa ini.
Mengenai laporan bahawa kandungan minyak sawit dalam coklat dan sapuan kacang hazel, Nutela, boleh dikaitkan dengan kanser, beliau berkata dakwaan itu tidak benar dan tiada bukti mengenainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2017
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mewujudkan dana baharu bernilai RM30 juta bagi penyelidikan dalam industri sawit. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik.
Hampir 800,000 hektar kawasan tanaman sawit terima sijil MSPO
Sejumlah 758,923 hektar kawasan tanaman sawit telah menerima pensijilan Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) pada Februari 2018.
Kerajaan sedia geran sebanyak RM50 juta untuk bantu industri komoditi
Kerajaan menyediakan geran sebanyak RM50 juta untuk membantu industri komoditi menangani kebimbangan keselamatan makanan dalam proses penghasilan minyak sawit.
Kementerian beri tempoh bagi pematuhan mandatori MSPO
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menetapkan tempoh bagi pematuhan mandatori pensijilan MSPO yang bertujuan untuk meningkatkan industri kepada standard global.
Industri getah bukan industri malap - Siew Keong
Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan bagi produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi dari pelbagai negara, kata Datuk Seri Mah Siew Keong.
Dana RM30 juta disediakan untuk penyelidikan penjenteraan industri sawit
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mewujudkan dana baharu bernilai RM30 juta bagi memudahkan penyelidikan dalam penjenteraan industri sawit.