KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan pelaksanaan dasar hasil baharu akan hanya diperkenalkan selepas ekonomi negara kembali pulih dan rakyat bersedia untuk menerimanya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata negara perlu terlebih dahulu menangani isu berkaitan inflasi yang berlaku berikutan gangguan rantaian bekalan global, kos tenaga seperti harga bahan api yang naik mendadak serta peningkatan pemintaan pengguna di seluruh dunia akibat pembukaan semula ekonomi global.
"Faktor-faktor ini semua telah memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan B40 dan M40," katanya ketika mengumumkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-83 yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul turut menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengatasi isu-isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas.
"Peruntukan berjumlah RM31 bilion dalam bentuk subsidi petrol RON95, diesel, minyak masak dan tepung telah digariskan dalam Bajet 2022 manakala RM200 juta diperuntukkan untuk mengurangkan harga barang keperluan di kampung," katanya.
Memberi penjelasan lanjut mengenai Bajet 2022, beliau berkata setakat 14 Januari 2022, sejumlah RM31 bilion telah disalurkan kepada inidvidu dan perniagaan melalui 43 inisiatif kerajaan.
Bagi Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, Tengku Zafrul berkata pelan tersebut menggariskan tiga hasil utama iaitu kewangan untuk semua, kewangan untuk pembaharuan dan kewangan untuk kemampanan.
Ia juga menggariskan lima teras strategik, iaitu, mencapai hasil-hsil seperti membiayai transformasi ekonomi Malaysia, meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan dan memajukan pendigitalan sektor kewangan, kata beliau.
Menurut Tengku Zafrul, pelan tersebut turut menyasarkan pembangunan kewangan berasaskan nilai melalui kepimpinan dalam kewangan Islam serta meletakkan sistem kewangan pada kedudukan teratur yang memudahkan peralihan secara teratur kepada ekonomi lebih lestari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Tengku Zafrul turut menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif telah diambil bagi mengatasi isu-isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas. - Gambar fail
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Dasar hasil baharu hanya diperkenal selepas ekonomi pulih, rakyat bersedia - Tengku Zafrul
Negara perlu tangani isu berkaitan inflasi, kos tenaga seperti harga bahan api yang naik mendadak serta peningkatan pemintaan global.