awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan

Bernama
Bernama
11/11/2024
08:40 MYT
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
Dr Zaliha berkata ini termasuk Medan Selera Singgang MADANI di Tititwangsa di sini yang akan dijadikan projek perintis untuk membantu golongan berkenaan memulakan perniagaan kecil-kecilan. - Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata ini termasuk Medan Selera Singgang MADANI di Tititwangsa di sini yang akan dijadikan projek perintis untuk membantu golongan berkenaan memulakan perniagaan kecil-kecilan.
"Salah satu kawasan yang disebut ialah Medan Selera Singgang Madani @ Batu Bata di Titiwangsa yang sebelum ini dikenali sebagai Medan Selera Damai.
"Oleh itu, usaha akan dijalankan untuk membangunkan semula kawasan itu dan menarik lebih ramai peniaga serta pengunjung ke lokasi berkenaan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Penggulungan Sidang Belia Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Zaliha berkata inisiatif itu juga antara usaha direncanakan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan golongan belia terhadap ekonomi gig.
"Bagi tujuan pelaksanaan, kita sedang meneliti kertas kerja yang dikemukakan kumpulan belia di bawah Wilayah Persekutuan sendiri dan saya sendiri sudah maklumkan kepada Datuk Bandar.
"Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh sebulan dua ini yang akan secepat mungkin memberi peluang kepada belia memulakan perniagaan dan menyemarakkan kembali kawasan berkenaan dengan aktiviti ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#golongan belia
#Premis perniagaan
#dr zaliha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan