Dewan Perniagaan Labuan Tiong Hua mengemukakan cadangan untuk menangani isu kekurangan penerbangan serta tambang udara yang mahal, kepada penyedia perkhidmatan udara luar bandar, MASwings.
Presidennya Datuk Wong Kii Yii berkata cadangan itu dikemukakan ekoran aduan berterusan daripada rakyat - terutama komuniti perniagaan - yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kesukaran yang mereka alami.
"Kami sangat bimbang terhadap tambang penerbangan domestik dari dan ke Labuan yang disediakan oleh MASwings, dan kami berharap syarikat perkhidmatan udara luar bandar itu akan menimbangkannya dan meyakinkan pihak berkuasa terlibat supaya memberi perhatian kepada permohonan kami," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cadangan berkenaan.
Antara lain, dewan perniagaan itu mencadangkan MASwings memperkenal tambang khas untuk orang kelainan upaya dan warga emas selain kadar khas untuk kumpulan dan keluarga.
Wong berkata pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), tidak wajar melihat penduduk Labuan sebagai golongan berpendapatan tinggi, walaupun pulau bebas cukai itu merupakan hab minyak dan gas.
"Masih ada orang yang berada dalam kategori B40 (dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,000) dan masih ramai yang hidup di bawah garis kemiskinan.
"Oleh itu, tidak adil untuk mengkategorikan penduduk Labuan sebagai golongan berpendapatan tinggi dan tidak berhak menikmati tambang rendah," katanya.
Wong berkata dewan itu sudah bersedia untuk bertemu dengan MAVCOM dan MOT, bersama-sama dengan pegawai MASwings untuk menyelesaikan isu-isu tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria berkata beliau akan mengemukakan isu-isu yang diketengahkan itu kepada MAVCOM dan MOT untuk kajian menyeluruh.
"Saya mendengar keluhan dan cadangan dari dewan, dan saya akan memberi penerangan kepada pegawai MAVCOM dan MOT mengenai isu-isu terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019

Dewan perniagaan itu antara lain mencadangkan MASwings memperkenal tambang khas untuk orang kelainan upaya dan warga emas selain kadar khas untuk kumpulan dan keluarga. - Gambar fail

AWANI Ringkas: R-Naught COVID-19: Kelantan masih tertinggi | Thai terima rakyat terkandas di Malaysia
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [21 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [21 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900826/14824806351618966067962_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [21 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi 21 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Darurat: Orang Melayu mula marah - Tun Mahathir - 2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP #IlhamRamadan #LembaranBaharu #Ramadan2021

Spesies dinosaur pemakan daun baharu ditemui di Chile
Dinosaur itu tergolong dalam keluarga Titanosaur tetapi unik kerana ciri-ciri pada tulang di bahagian belakangnya.

Liga Super Eropah: Ia seperti kartel yang menghalang persaingan, kata Boris Johnson
Beliau akan bekerjasama dengan persatuan bola sepak kebangsaan England (FA) untuk "menentang inisiatif tersebut."

Enam kelab EPL sah tidak akan sertai ESL
Chelsea dan Manchester City terdahulu umum keputusan itu, diikuti setakat ini Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Sinar Harapan | Bekas pengikut Al Maunah jalani hidup baharu
Banduan Maunah sinar Dua puluh tahun menghuni penjara. Ianya bukan mudah untuk bekas banduan menyesuaikan diri selepas dibebaskan. Namun bagi Che Sabri Che Jaafar, 51 tahun, kebebasan diperoleh selepas mendapat pengampunan Yang d-iPertuan Agong, Al Sultan Abdullah tahun lepas digunakan untuk membina hidup baru sebagai tukang jahit.

Kemalangan Maut | Pengusaha Adam Char Kuetiau maut kemalangan
Pengusaha Adam Char Kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut kemalangan Seorang pengusaha char kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan lewat Selasa petang. Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, Zamri Juhari, 33 tahun dan menunggang motosikal berkuasa tinggi meeninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nash dilaporkan stabil selepas kemalangan
Penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang cedera selepas kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di pada Selasa kini dilaporkan stabil.

Bekas pengikut Al Maunah jalani kehidupan baharu sebagai tukang jahit
Kebebasan diperoleh selepas mendapat pengampunan digunakan untuk membina hidup baharu sebagai tukang jahit.

Badminton | Penangguhan saingan terbuka India satu kelegaan
"Keputusan yang melegakan" Itu perkongsian Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann ekoran penangguhan saingan terbuka India disebabkan penularan wabak COVID-19.

Program Jom Ke Sekolah Pagoh tumpu anak-anak B40
Program itu mendapat sokongan penuh Mara di kawasan Parlimen Pagoh dan akan memberi manfaat kepada pelajar- pelajar B40 yang terpilih di sekitar kawasan Parlimen itu.

PEMERKASA membela nasib rakyat dan kukuhkan ekonomi
Sejak negara berada dalam krisis kesihatan pandemik COVID-19, kerajaan telah mengumumkan pelbagai strategi dan inisiatif melalui pakej rangsangan ekonomi untuk membela nasib rakyat.

TransKoM 2021-2025 tingkatkan rantaian nilai ekonomi ahli koperasi B40
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata, ia sekali gus akan mengukuhkan bakat dan pembangunan modal insan.

Pindaan kepada Akta Koperasi berkuat kuasa 1 Mac
Pindaan melibatkan sembilan peruntukan dalam Akta 502 itu dilihat akan memberi impak positif kepada masyarakat terutama gerakan koperasi.

Isu fitnah: Bicara kes saman Vivy Yusof pada 11 Ogos
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.

AIM dan SESB bekerjasama baik pulih rumah peserta - Lajim
AIM dan SESB akan turut berkerjasama dalam beberapa program lain, seperti menyediakan peruntukan untuk pendawaian kepada rumah B40 yang berdaftar dengan eKasih.

Residensi Prihatin projek rumah mewah, harga mampu milik
Annuar berkata, menerusi sasaran itu, sebanyak 20,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 15,000 unit di Putrajaya manakala 5,000 unit di Labuan.

SPPP diperluas kepada semua usahawan B40 - Nanta
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Golongan berisiko, B40 di kawasan padat penduduk perlu diberi keutamaan vaksinasi
Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19.

Isi rumah berpendapatan rendah terkesan sejak PKP 2.0 - Kajian UNICEF, UNFPA
Krisis akibat COVID-19 terus memberi kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur walaupun kerajaan mengumumkan beberapa langkah mengurangkan tekanan akibat pandemik.