KUALA LUMPUR: Dron amunisi musnah sendiri atau 'kamikaze' buatan Malaysia pertama, ciptaan yang dirintis oleh syarikat tempatan Mindmatics bakal dikomersialkan tidak lama lagi.
Dinamakan sebagai 'Todak', dron inovatif itu mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut yang dijangka selesai enam bulan lagi.
Memperkenalkan senjata itu pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini, Pengurus Projek Azman Ahmad berkata dron tersebut berfungsi untuk menyerang dengan tepat bagi memusnahkan sasaran yang dikehendaki.
"Sebelum ini kami telah membangunkan dron pemantauan tetapi kali ini kami maju selangkah lagi dengan dron kamikaze untuk objektif dan tujuan khusus.
"Terdapat beberapa agensi yang menunjukkan minat dengan produk ini dan kami melihat ada potensi pasaran dalam kalangan agensi penguatkuasaan tempatan dan wilayah," katanya kepada Bernama di reruai Mindmatics pada pameran tersebut yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di sini.
Direka bentuk sebagai amunisi risikan dalam industri pertahanan, dron tersebut dilengkapi dengan algoritma kawalan Kecerdasan Buatan (AI) berserta Unit Kawalan Api (FCU) bersaiz kecil.
Menurut Azman, dron itu dikuasakan dengan bateri litium-besi pepejal 25.5 Voltan dengan masa operasi hingga 40 minit serta berkeupayaan untuk terbang dan menyerang sasaran pegun atau bergerak tanpa memerlukan input pemantauan.
"Todak berukuran dua meter (m) panjang dengan kelebaran sayap 1.35 meter dan berat pelepasan maksimum 12 kilogram (kg).
"Ia mampu membawa beban seberat 3 kg dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dengan kaedah pelancaran menggunakan lastik (catapult)," katanya.
Mindmatics yang berpusat di Kajang, Selangor, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman, mengkhususkan pada menyediakan penyelesaian komprehensif dalam teknologi maklumat, pengkomputeran dan elektronik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Azman (kanan) dan pasukan Mindmatics bersama prototaip dron dikenali sebagai Todak. -Bernama
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari di Beirut.
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
Pesawah guna teknologi dron mampu jimatkan masa, kurangkan tempoh masa bekerja
Penggunaan teknologi dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Amaran serangan udara di pelbagai kawasan di Ukraine
Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).