KUALA LUMPUR: Ducati Malaysia semalam mengumumkan pelancaran enam model baharu untuk tahun ini dan penubuhan dua lagi Pusat Ducati eksklusif di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.
Ketua Syarikat Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd Dennis Michael berkata pengalaman Ducati melambangkan bukan sahaja prestasi dan keseronokan menunggang tetapi ia juga telah berkembang untuk mempengaruhi dan membentuk gaya hidup.
"Ducati Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih kukuh hari ini dan pelancaran enam motosikal baharu ini pada petang ini menggariskan komitmen syarikat yang berterusan dan keterujaan yang kami miliki dalam jenama itu dalam usaha untuk menempatkannya sebagai motosikal premium yang paling diingini dalam pasaran," katanya pada pelancaran tersebut.
Mengenai Ducati Corse Credit, katanya ia akan memberikan lebih banyak pilihan, kebolehcapaian dan kemudahan kepada pelanggan dengan menyediakan kemudahan pembiayaan dalaman untuk pembelian semua motosikal baharu Ducati.
Beliau berkata penubuhan Pusat Ducati baharu akan mengukuhkan rangkaian sedia ada Ducati Malaysia, yang termasuk kemudahan di Sungai Buloh dan Pulau Pinang serta pusat 3S bertauliah terbesar dan bilik pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara di Petaling Jaya.
Pada acara itu, artis tempatan Alif Satar, yang kini memiliki dua motosikal Ducati, memberitahu Bernama bahawa beliau telah menjadi pengguna motosikal Ducati selama hampir 14 tahun.
"Sebagai pemilik dan pengguna motosikal itu, saya mendapati pengalaman pemanduan berbeza berbanding motosikal lain. Saya menggemari motosikal itu dan menggunakannya untuk bekerja serta bersantai," katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Datuk Nik Hamdam Nik Hassan dan Naib Presiden Ducati Asia Pasifik untuk Jualan dan Pemasaran Marco Biondi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Alif Satar bersama motosikal Streetfighter V4SP pada pelancaran Ducati 2022 Malaysia Premier di Bangsar, Kuala Lumpur, 8 Jun 2022. --fotoBERNAMA
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus
Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil.
Ducati sasar bahagian pasaran 6.5 peratus selepas lancar dua model, bilik pameran
Peningkatan pasaran itu akan menyamai peningkatan jualan kira-kira 30 peratus jualan pada 2022.
Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.
MotoGP: Bagnaia raih petak utama dengan rekod baru
Bagnaia membuktikan bahawa dia mampu merekodkan masa lebih baik dalam sesi kelayakan apabila mencatatkan rekod baru jentera dua roda di Litar Antarabangsa Losail.
Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?
Adakah syarikat pengeluar motor Jepun ini takut dengan saingan MotoGP yang didominasi Honda, Yamaha dan Ducati atau ada perkara lain yang berlaku?
Marquez sasar penyudah podium di Sepang
Pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu tidak sabar untuk menambah koleksi podium di litar yang beliau dan Honda harungi ujian pramusim dengan penuh lancar.
Kemunculan enjin baharu bakal lonjakkan jualan Ducati tahun depan
Pertumbuhan ini akan dipacu oleh enjin V4 terbaharu Ducati, 'Desmosedici Stradale' yang akan menjana motosikal berkuasa tinggi generasi akan datang, Ducati Panigale.
Next Bike sasar pertumbuhan dua angka bagi jualan Ducati pada 2017
Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, yakin dapat mencapai pertumbuhan dua angka bagi jualan tahun ini berbanding 300 unit pada 2016.