KUALA LUMPUR: Program jangkauan komuniti Maxis, eKelas Usahawan, telah menarik minat yang tinggi daripada PKS mikro, khususnya usahawan wanita, dalam penggunaan digital untuk perniagaan mereka.
Sejak dilancarkan pada Mac 2021, program ini telah berjaya menarik minat lebih 2,400 usahawan tempatan melalui 39 bengkel yang disampaikan secara fizikal dan maya di seluruh negara, dengan maklum balas yang secara amnya positif daripada para peserta.
Beberapa sesi juga disokong oleh sukarelawan Maxis sendiri.
eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal dan amali untuk melengkapkan usahawan dengan pengetahuan serta kemahiran asas pemasaran digital.
Berikut adalah apa yang dikatakan oleh sebahagian peserta program ini:
Peserta dari Kelantan, Azliza Rumainor
“Melalui eKelas Usahawan Maxis, saya telah memperoleh pengetahuan yang berharga mengenai kemahiran pendigitalan serta pengiklanan dalam talian. Para jurulatih juga memberi kami panduan tentang cara menerapkan kemahiran tersebut di platform yang betul.”
Peserta dari Pulau Pinang, Noraini Azlan Azmi
“Bengkel digital ini sangat bermanfaat bagi usahawan untuk mempelajari cara memasarkan dan mengiklankan produk mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan. Modul-modul mudah difahami, dan saya mendapat banyak bantuan tentang cara menguruskan perniagaan saya dalam talian.”
Peserta dari Terengganu, Norul Suziyana Sulong
“Saya memperoleh banyak pengetahuan tentang bagaimana untuk menarik dan melibatkan diri dengan pelanggan dengan lebih mendalam, serta untuk mengembangkan perniagaan saya di media sosial. Saya menikmati modul yang dibentangkan dan berterima kasih kepada jurulatih atas bimbingan mereka.”
“Kami berbesar hati melihat eKelas Usahawan mendapat sambutan positif sejak dilancarkan tahun lepas. Kami mempunyai modul yang mudah difahami dan berkesan, namun masih merangkumi petua dan kemahiran asas mengenai pemasaran, fotografi digital, penulisan iklan dan perancangan untuk kempen pemasaran, serta pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial.
Kami berharap agar dapat meningkatkan lagi program ini supaya lebih ramai usahawan dapat meraih manfaat pendigitalan dengan cepat,” kata Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha.
Sebagai usaha untuk mengadakan bengkel khusus, eKelas Usahawan akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerjaan bagi menarik minat dan membantu lebih ramai usahawan dan PKS menerapkan pengetahuan dan alat pemasaran digital asas kepada perniagaan masing-masing.
Peserta yang berminat sama ada usahawan sedia ada ataupun mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan, boleh mendaftar untuk eKelas Usahawan secara percuma di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/corporate-responsibility/.
Kenyataan Media
Thu Jan 19 2023

eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal dan amali untuk melengkapkan usahawan dengan pengetahuan serta kemahiran asas pemasaran digital.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

eKelas Usahawan Maxis tarik minat ramai peserta dan rakan kongsi
Ia berjaya menarik minat lebih 2,400 usahawan tempatan melalui 39 bengkel yang disampaikan secara fizikal dan maya di seluruh negara.

Aidilfitri: Maxis komited bantu komuniti dengan keperluan berbeza
Bersempena dengan sambutan Hari Raya, Maxis telah melancarkan beberapa inisiatif untuk membawa keceriaan kepada keluarga B40, pelajar dan Orang Kurang Upaya.