awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi digital mampu teraju Malaysia capai keunggulan

Shafizan Johari
Shafizan Johari
18/03/2017
12:09 MYT
Ekonomi digital mampu teraju Malaysia capai keunggulan
Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Korporat MDEC, Razaleigh Zainal (gambar) memberitahu semua peserta eUsahawan dan eRezeki diberikan latihan dan pendedahan yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan secara atas talian. - Foto Astro AWANI
Dunia digital membolehkan seorang peniaga barangan bayi dan kanak-kanak untuk beroperasi dengan kos yang rendah dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan barangan yang unik pada harga yang rendah.
“(Perniagaan atas talian) mampu memberi peluang kepada ibu bapa untuk dapatkan barangan yang unik seperti mini-bike kami yang istimewa, tanpa pengayuh dan memiliki barang (seperti) ini dengan harga yang rendah,” jelas pengusaha ETIN Adventure Wong Wai Yin.
Beliau yang juga peserta program eUsahawan anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memulakan perniagaan berkenaan 10 tahun lalu dan amat teruja dengan bimbingan yang disalurkan oleh MDEC.
Semasa menceritakan pengalamannya ketika memulakan perniagaan hampir sedekad lalu, beliau mengakui tanpa pengalaman yang luas dan modal yang banyak, sukar baginya untuk memulakan langkah permulaan.
“Masa itu di Malaysia, e-commerce belum lagi matang tetapi tahun lepas saya ada peluang bila mendapat tahu ada program eUsahawan (menerusi kempen) YouCanDuit di Facebook dan saya terus mengambil peluang ini,” katanya dalam temu bual dalam berita Hari Ini 8 terbitan Astro AWANI pada Jumaat.
Sementara itu, Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Korporat MDEC, Razaleigh Zainal memberitahu semua peserta eUsahawan dan eRezeki diberikan latihan dan pendedahan yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.
Beliau juga mengajak mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai program berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web youcanduit.mdec.my
“Latihan kita berikan secara percuma, itu yang penting,” katanya.
Topic Berkaitan
#E-commerce
#MDEC
#Razaleigh Zainal
#wong wai yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan