KUALA LUMPUR:Ekonomi global dijangka pulih tahun ini, dimulai dengan China, dipacu oleh sokongan kerajaan di seluruh dunia dan pelancaran vaksin, demikian menurut Asia Pacific Investment Bank (APIB).
Pengarah Jabatan Pengurusan Aset Heow Gran Lai berkata China adalah negara pertama di peringkat global yang mula pulih daripada krisis pandemik COVID-19.
Ia merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.5 peratus pada suku keempat 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, mendorong pertumbuhan ekonominya kepada 2.3 peratus untuk tahun penuh.
Bercakap pada sesi webinar malam tadi bertajuk "Unjuran Kewangan 2021: Mengapa Anda Perlu Optimis," beliau berkata jangkaan bahawa vaksin akan tersedia lebih awal daripada dijangka, telah memberikan semangat kepada pelabur saham.
"Kami berharap agar vaksin itu dapat diperoleh secepat mungkin dan sama ada ia 100 peratus berkesan atau sebaliknya, atau belum diuji, bagaimanapun, kewujudan vaksin itu tentunya akan membantu pemulihan," katanya.
Selain itu, beliau yakin dasar fiskal dan monetari yang mencukupi dan diperkenalkan oleh kerajaan di seluruh dunia akan menjadi enjin kepada pertumbuhan itu.
"(Melihat) kepada kemajuan hari ini, kami yakin pemulihan neutral dan sederhana dijangka berlaku (tahun ini)," katanya.
Mengikut statistik, Heow berkata tahap pengeluaran di China berkembang pesat di tengah-tengah kestabilan berikutan kedua-dua nilai tambah bagi perusahaan industri dan pengeluaran perkhidmatan mencatat pemulihan kukuh sejak Oktober 2020.
Malah, kadar pertumbuhan tahun ke tahun bagi industri barangan pengguna hiliran dan industri bahan mentah huluan, telah meningkat dengan ketara.
"Dari sudut pandangan mikro, walaupun kadar pertumbuhan penjanaan kuasa tahun ke tahun telah merosot, kadar pertumbuhan tahun ke tahun bagi pengeluaran industri tradisional secara umumnya, telah meningkat semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

Tahap pengeluaran di China berkembang pesat di tengah-tengah kestabilan berikutan kedua-dua nilai tambah bagi perusahaan industri dan pengeluaran perkhidmatan mencatat pemulihan kukuh sejak Oktober 2020. - Gambar hiasan

Agenda AWANI Asia: Sinergi & inovasi pacu pembangunan mampan serantau
China telah membuktikan kepada dunia komitmen mereka dalam usaha pembangunan mampan. Malaysia – di mana pula kedudukan kita? Apa yang boleh kita belajar dan bagaimana semua pihak perlu berganding bahu menuju Agenda Pembangunan Mampan?

Kalah teruk PRU14, MCA temui semula matlamat asal parti
Kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memberi peluang untuk MCA kembali kepada hala tuju dan matlamat asalnya, iaitu membangunkan Malaysia untuk semua.

AWANI Ringkas: COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian | LHDN nafi siasatan bermotifkan politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).
![AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894025/42418330501615037212247_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Maritim Malaysia tahan kapal kargo buang sisa minyak di perairan negara
kapal itu ditahan pada kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Selangor sekitar jam 12 tengah hari.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

UMNO-Bersatu | Hanya Presiden PAS akan membuat keputusan terbaik
Hanya Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penentu kepada hala tuju parti sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau UMNO menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini juga jelasnya berlaku perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS untuk membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

Politik | PAS kini dipersimpangan dilema, PN atau MN?
PAS kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutama dalam hubungan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, parti itu kini berada di persimpangan dilema dalam meneruskan kerjasama politik sama ada dengan Bersatu atau UMNO.

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia (6 Mac 2021)

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Ekonomi dunia dijangka pulih tahun ini, dimulakan dengan China - APIB
China merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.5 peratus pada suku keempat 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

KDNK Malaysia bagi suku ketiga dijangka susut 5.2 peratus - Moody's Analytics
KDNK Malaysia menguncup 17.1 peratus pada suku kedua 2020 dan kedudukan ekonomi dan luaran Malaysia turut terjejas.

Penarikan semula bantuan ekonomi beri kesan kepada pemulihan - IMF
Kristalina Georgieva menggesa negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan China menambah pelan rangsangan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi global.

Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China
Pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.

Pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan dan mobiliti sosial teras Belanjawan 2021
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz empat tema itu termasuk pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan sosial dan mobiliti sosial.

COVID-19 bukan punca krisis kewangan, tetapi krisis ekonomi sosial - Dr Jemilah
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi global.

Ekonomi global perlu AS$43.7 trilion untuk tangani kemelesetan yang teruk - Penganalisis
Setakat ini, sebanyak 17 negara telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$57 bilion untuk mendorong pertumbuhan ekonomi.

Pertumbuhan negara dijangka lemah kesan COVID-19
Malaysia bukan sahaja berdepan dengan penularan COVID-19 tetapi juga perubahan politik.

Kadar dividen KWSP amat bergantung pada ekonomi global
Pelaburan luar negara meliputi 30 peratus daripada aset keseluruhan dan menyumbang 42 peratus kepada pendapatan keseluruhan.