KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) percaya ekonomi negara bakal mencatatkan pemulihan kukuh dengan sokongan daripada eksport.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan berkata ini dapat dilihat menerusi data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
Menurutnya, ketika lonjakan dalam import pengantara membayangkan pemulihan eksport, ledakan pelancongan dan peningkatan momentum pelaburan juga akan turut memberi sokongan.
"Separuh kedua 2024 dijangka mencatatkan prestasi lebih baik apabila keadaan monetari global mula mengendur.
"Bank pusat negara maju dijangka mengurangkan kadar faedah pada separuh kedua 2024. Oleh itu, kadar pertukaran ringgit dijangka mengakhiri tahun 2024 pada kedudukan yang lebih kukuh," katanya sambil menambah bahawa tidak ada keperluan untuk menambat unit tempatan itu.
Menurutnya, liputan rizab asing Malaysia mencukupi dan baki akaun semasa kekal dalam lebihan.
FMM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di bawah daripada unjuran rasmi 4 hingga 5 peratus pada 2024.
Soh berkata penggunan swasta dijangka perlahan manakala inflasi melantun semula.
"Perbelanjaan pengguna dijangka lebih terhad pada 2024 dengan kenaikan kadar cukai perkhidmatan dan program rasionalisasi subsidi kerajaan, yang akan memberi tekanan terhadap inflasi dan kos hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Menurut Soh, separuh kedua 2024 dijangka mencatatkan prestasi lebih baik apabila keadaan monetari global mula mengendur. - Gambar fail/BERNAMA
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
FMM gesa sistem lebih baik mohon dana, geran dan insentif berkaitan IR4.0
Thian Lai berkata ini bagi meningkatkan kecekapan selain memastikan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan memohon insentif kewangan berkaitan IR4.0.
Kerajaan perlu bertindak segera tingkatkan daya saing PKS - FMM
Thian Lai berkata Belanjawan 2023 yang disemak semula perlu memberi tumpuan kepada bidang berkenaan demi ekonomi negara dan dinamisme perniagaan.
FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.
FMM gesa tambah baik dasar perdagangan
FMM berpendapat Malaysia masih boleh menawarkan syarikat baharu kemasukan dan batu loncatan ke dalam pasaran ASEAN.