Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang kepada 5.2 peratus pada suku pertama 2019, selepas dasar dan hala tuju kerajaan baharu lebih jelas pada akhir tahun, kata ahli ekonomi.
Profesor Mahendhiran Nair, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Monash University Malaysia, berkata dengan dasar yang lebih jelas dijangka di bawah Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 Nov, dan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dijadual dibentangkan pada pertengahan Oktober, langkah-langkah ini akan dapat membantu memacu KDNK negara kepada antara lima dan 5.2 peratus pada suku pertama tahun depan.
"Bagaimanapun, ini berdasarkan tiada perang perdagangan pada skala besar berlaku dalam arena global," katanya kepada Bernama di luar pelancaran Kaji Selidik Sentimen Perniagaan Malaysia 2018/2019.
Kaji selidik itu dilaksanakan oleh Monash University Malaysia dengan kerjasama Akauntan Awam Bertauliah (CPA) Australia dan Global Asia in the 21st Century Research Platform dari Januari hingga Julai tahun ini.
Mengulas mengenai semakan semula unjuran KDNK 2018 negara oleh Bank Negara Malaysia kepada lima peratus baru-baru ini, Mahendhiran, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Monash Malaysia Research and Development Sdn Bhd, berkata ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan dalam persekitaran global, terutamanya kebimbangan mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
"Bagaimanapun, saya percaya selagi kerajaan terus menyediakan insentif yang sesuai bagi syarikat meningkatkan rantaian nilai mereka, memperkenalkan lebih banyak dasar mesra perniagaan, membina lebih banyak infrastruktur teknologi, dan membuka peluang pasaran serantau kerajaan kepada kerajaan (G2G) dalam ASEAN, dengan China atau India, langkah ini akan meningkatkan keyakinan perniagaan dan pelabur, seterusnya memacu pertumbuhan KDNK," katanya.
Turut bersetuju dengan pandangan Mahendhiran, Timbalan Ketua Pengajian dan Pengarah Penyelidikan di Monash University Malaysia, Profesor Pervaiz Ahmed, berkata tumpuan kerajaan dalam memerangi rasuah juga memainkan peranan penting untuk mewujudkan keyakinan yang kukuh dalam kalangan perniagaan.
"Daripada pandangan pelabur, mereka mahu sistem yang terbuka dan telus, dan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah melaksanakan semua itu dan mewujudkan tahap ketelusan, yang akan memberi kepercayaan lebih kukuh kepada syarikat untuk melabur di Malaysia," katanya.
Mengenai impak perniagaan daripada pelaksanaan gaji minimum yang akan dilakukan secara berperingkat, Mahendhiran berpendapat menggunakan teknologi merupakan strategi paling berkesan untuk mengatasi kenaikan kos untuk menjalankan perniagaan.
"Berdasarkan pengalaman dari negara maju, syarikat di negara tersebut menggunakan teknologi untuk mengurangkan kos mereka dalam menjalankan perniagaan apabila gaji minimum meningkat.
"Daripada Kaji Selidik Sentimen Perniagaan 2018/2019 kami juga, turut menunjukkan melabur dalam teknologi adalah strategi masa depan untuk memacu kecekapan kos dalam menjalankan perniagaan," katanya.
Kaji selidik itu turut menunjukkan kebimbangan terbesar dalam kalangan perniagaan tempatan adalah kenaikan kos untuk menjalankan perniagaan berikutan ia akan memberi kesan kepada keuntungan mereka.
"Isu utama yang kedua ialah ringgit lemah, yang akan memberi impak kepada syarikat yang bergantung kepada barangan import untuk proses pengeluaran mereka," katanya.
Di sebalik kebimbangan mengenai pertumbuhan, kaji selidik itu, yang meliputi 416 syarikat besar, sederhana dan kecil di Malaysia, menunjukkan 71 peratus daripada responden terus yakin dengan prospek perniagaan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Keyakinan ini sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan pelaburan infrastruktur, terutamanya dalam infrastruktur berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi, selain penggunaan teknologi Industri 4.0 yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
Semakan semula unjuran KDNK 2018 negara baru-baru ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan dalam persekitaran global, terutamanya kebimbangan mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. - Gambar hiasan
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
BNM boleh lebih beransur dalam menaikkan OPR - Ahli ekonomi
OPR berada pada tahap neutral apabila ia mencecah 3.0 peratus, iaitu tidak terlalu ketat dan mencukupi untuk mengendalikan risiko inflasi.
Langkah kerajaan kekalkan tarif elektrik bantu pengguna elak impak langsung kenaikan harga
Ahli ekonomi berpendapat keputusan kerajaan untuk tidak melepaskan kadar surcaj lebih tinggi kepada pengguna juga dapat melegakan ramai, termasuk perniagaan secara keseluruhannya.
Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS menjelang akhir tahun
Ringgit dijangka mengukuh ke paras RM4.25 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun dalam persekitaran asas ekonomi Malaysia yang kukuh.
Penganalisis, ahli ekonomi terus yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia
Penganalisis dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukkan bahawa permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
Ahli ekonomi jangka ekonomi Malaysia berkembang perlahan pada 3.5 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang perlahan tahun ini, kata Profesor di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Geoffrey Williams.
Ringgit dibuka susut pada 4.1985 berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit berada pada 4.1985/2020 berbanding dolar AS daripada 4.1910/1930 sewaktu urus niaga ditutup semalam.
Faktor luaran terus pengaruhi prestasi ringgit minggu depan
Dolar AS dan ringgit diunjurkan diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.15 hingga RM4.16 minggu depan.
HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini
HSBC minta bank pusat membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 4 Mac.