KUALA LUMPUR: Penganalisis dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukkan bahawa permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
Ini berikutan pemulihan data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2022 kepada lima peratus berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku pertama 2021, yang dilihat sebagai petunjuk optimis terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Pengarah Eksekutif Socio Economic Research Centre Malaysia (SERC) Lee Heng Guie berkata ekonomi Malaysia berkembang di luar jangkaan oleh beberapa penganalisis ekonomi disokong oleh permintaan yang pulih dan pasaran buruh yang lebih kukuh.
"Ini angka yang baik. Pertumbuhan itu juga lebih baik daripada unjuran saya antara 4.6 peratus dan 4.8 peratus untuk suku tahun tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ekonomi Malaysia sedang menyesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa dan suku kedua dipercayai lebih baik dengan angka hampir kepada enam peratus.
"Bagaimanapun, saya akan berhati-hati pada separuh kedua 2022 berikutan faktor seperti perang yang berterusan, kos perniagaan yang meningkat, inflasi yang tinggi, sekatan pergerakan yang ketat di China untuk membendung penularan COVID-19 serta gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan," katanya.
Lee berkata asas masih utuh tetapi cabaran global mengehadkan prestasi pertumbuhan secara keseluruhan.
"Bagaimanapun, permintaan domestik masih akan memacu pertumbuhan pada suku tahun yang akan datang dan seterusnya," katanya.
Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembukaan semula ekonomi memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada ekonomi domestik berikutan isi rumah dan perusahaan lebih bebas dalam membuat urus niaga yang dapat meningkatkan KDNK.
"Dari pandangan kami, unjuran pertumbuhan KDNK antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022 adalah dalam jangkauan," katanya kepada Bernama.
Secara keseluruhannya, beliau berkata KDNK suku pertama 2022 mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan dan sumber utama pertumbuhan adalah permintaan domestik iaitu penggunaan dan pelaburan.
Mohd Afzanizam berkata pertumbuhan yang lebih tinggi iaitu lima peratus menjelaskan sebab kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Mengenai masa depan, katanya beliau mengunjurkan OPR akan meningkat lagi berikutan pemulihan menjadi lebih mampan.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Penyelidikan dan Strategi Perbendaharaan OCBC Wellian Wiranto berkata data KDNK yang kukuh sejajar dengan pendirian yang baru diterima pakai oleh BNM pada minggu ini.
"Ia tidak mengubah pemikiran kami bahawa ia masih boleh memilih untuk reda seketika pada mesyuarat pada Julai dan hanya naik semula pada September berdasarkan ikrarnya untuk mengetatkan dasar secara 'berhati-hati dan berperingkat'," katanya.
Secara keseluruhannya, katanya permintaan domestik yang meningkat, dengan petunjuk bahawa pasaran buruh dan upah mencatatkan pemulihan, ternyata akan menyumbang kepada keputusan kenaikan kadar oleh BNM, terutamanya terhadap jangkaan bahawa inflasi teras asas dijangka meningkat kepada julat dua peratus hingga tiga peratus.
Pada pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2022 awal hari ini, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menekankan kepentingan menentukur semula dasar monetari untuk mengelak keperluan mengambil pendekatan agresif dalam menaikkan kadar faedah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Penganalisis dan ahli ekonomi terus yakin dengan prospek ekonomi Malaysia, menunjukkan bahawa permintaan domestik dan sektor swasta akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan. - Gambar hiasan
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Moratorium: Sediakan data ILM yang sistematik, lebih baik - Penganalisis
Mohd Yusof berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap program bantuan kerajaan dapat dilakukan secara bersasar khusus program lanjutan moratorium.
Lanjutan moratorium: Golongan B40, M40 dapat bernafas semula tetapi... - Penganalisis
Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma berkata keputusan lanjutan pemberian moratorium itu mampu membantu mengurangkan beban isi rumah yang kehilangan pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.
Subsidi petrol: Penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan dianggap beruntung - Penganalisis
Penduduk di Sabah dan Sarawak menerima faedah yang lebih baik dan lebih beruntung kerana semua dapat menikmati manfaatnya, tidak kira kaya atau miskin.