awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada Feb - April 2019 - Perangkaan

Bernama
Bernama
24/12/2018
05:32 MYT
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada Feb - April 2019 - Perangkaan
Komposit IP disusun bagi memantau arah tuju prestasi ekonomi pada purata empat hingga enam bulan kehadapan. - Gambar fail
Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada Februari hingga April 2019, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dalam Petunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Oktober 2018' yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) menunjukkan peningkatan kepada negatif 0.7 peratus pada Oktober 2018 berbanding negatif 1.7 peratus pada September 2018.
Komposit IP disusun bagi memantau arah tuju prestasi ekonomi pada purata empat hingga enam bulan kehadapan.
Beliau berkata perubahan bulanan IP meningkat pada Oktober 2018 , dengan mencatat pertumbuhan 1.2 peratus kepada 119.3 mata berbanding 117.9 mata pada bulan sebelumnya.
"Ini disebabkan peningkatan import benar Logam Asas Berharga dan logam bukan ferus lain (0.4 peratus)," katanya.
Sementara itum Indeks Serentak (IS) yang mencerminkan indeks ekonomi semasa, meningkat satu peratus pada bulan rujukan.
Dua komponen yang menyumbang secara signifikan ke atas peningkatan itu ialah Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.5 peratus) dan Nilai Caruman benar kepada KWSP (0.2 peratus), katanya.
Beliau berkata IS terus meningkat kepada 3.9 peratus pada Oktober 2018 berbanding 3.4 peratus dalam bulan sebelumnya.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#EPF
#Indeks Serentak
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#KWSP
#Logam Asas Berharga
#Petunjuk Ekonomi Malaysia Indeks Pelopor Serentak dan Susulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan