KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka pulih pada 2022 berdasarkan aktiviti dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian yang meningkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata sektor minyak dan gas turut menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh beberapa bulan ini.
"Bagi 2022, kami agak yakin mengenai prospek berikutan perdagangan dan pelaburan menunjukkan prestasi yang baik. Oleh itu, secara keseluruhannya, saya ingin katakan bahawa melihat kepada aspek penawaran, sama ada pembuatan atau pertanian atau perlombongan, terdapat bukti peningkatan dan semua petunjuk ini menunjukkan kepada pemulihan yang baik pada tahun depan.
"Kami optimis secara berhati-hati dan ini adalah relevan dalam konteks penggunaan dan pelaburan domestik. Kami mengunjurkan pemulihan dalam pelaburan domestik dan penggunaan domestik," katanya selepas taklimat Bicara Advokasi: Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada EUROCHAM Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya selagi sempadan antarabangsa ditutup, agak sukar untuk mempunyai pemulihan ekonomi sepenuhnya tetapi Malaysia terus optimis dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 hingga 6.5 peratus pada 2022.
"Sudah tentu, sempadan dibuka secara berperingkat dengan Singapura berikutan ia adalah rakan penting Malaysia. Kami berharap ia akan berkembang dengan baik dan kami juga sedang berbincang dengan Indonesia dan Thailand," katanya.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Mustapa menegaskan di bawah RMK12, Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik menjelang 2025.
Dalam usaha ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, beliau berkata Malaysia perlu menarik pelaburan berkualiti tinggi dan tenaga kerja menjadi faktor penting untuk menjadikan negara destinasi pelaburan yang lebih menarik.
"Oleh itu, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, seterusnya kami perlu mewujudkan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dan menyediakan modal insan berkualiti. Kami mahu mewujudkan persekitaran yang amat selesa untuk rakan-rakan kita dari luar negara.
"Kami mahu memastikan semasa anda berada di sini, pengalaman di sini berjalan lancar. Kami ingin memudahkan pelaburan anda. Sudah tentu, kadangkala terdapat masalah tetapi kerajaan Malaysia terbuka untuk berbincang secara terbuka dan telus dengan rakan-rakan kita dari Eropah dan negara lain," katanya.
Mustapa berkata Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa institusi di Eropah seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk membawa masuk pekerja teknikal yang lebih berkualiti ke Malaysia.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk Malaysia membekalkan modal insan yang berkualiti dan antara pendekatan yang diambil di bawah RMK12 ialah mentransformasikan sektor TVET untuk meletakkannya pada kedudukan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan industri terutamanya pembuatan.
Mustapa berkata Malaysia komited untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk pertumbuhan sektor pembuatan, elektrik dan elektronik maju serta pelbagai sektor ekonomi yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Mustapa menegaskan di bawah RMK12, Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik menjelang 2025. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.