Ekonomi Malaysia masih mampu untuk terus kekal teguh, dinamik dan penuh dengan potensi serta peluang bersama rakan dagang sedia ada meskipun tanpa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada TPPA baru-baru ini, Malaysia bersama 10 negara anggota lain TPPA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju dan langkah selanjutnya.
"Walau apa pun kesudahan mesyuarat itu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kita tidak perlu khuatir mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekiranya TPPA tidak menjadi kenyataan," katanya dalam catatan terbaharu 'TPPA dan Ekonomi Malaysia' di laman blognya, najibrazak.com hari ini.
Jelas Perdana Menteri, setakat ini Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bersama negara-negara seperti China dan Jepun.
Malah, nilai dagangan antara Malaysia dan China pada tahun ini dijangka mencecah US$100 bilion, katanya.
"Kita juga adalah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Serantau ASEAN serta mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala bersama negara-negara seperti India, New Zealand dan Australia," kata Najib.
Menurut beliau, pada masa yang sama, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sedang mengkaji usaha untuk mewujudkan FTA dua hala bersama beberapa negara anggota Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berkenaan.
Selain itu, Malaysia akan meneruskan usaha memuktamadkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan negara China dan India dengan pasaran pengguna yang jauh lebih besar berbanding TPPA.
"Insya-Allah, saya yakin melalui langkah-langkah ini dan juga usaha-usaha lain yang dijalankan, ekonomi kita terutamanya yang berkaitan perdagangan dan pelaburan asing akan terus mampan dan berdaya saing.
"Malaysia kekal terbuka untuk perniagaan," katanya.
Selain itu, ketika mengulas pelantikan Donald Trump sebagai Presiden ke-45 AS, Perdana Menteri menegaskan, sekiranya berlaku sebarang perubahan kuasa di tampuk pemerintahan mana-mana negara sekalipun, Kerajaan Malaysia akan memantau dengan teliti polisi dan dasar hubungan antarabangsanya.
"Kita juga akan mengambil langkah proaktif dalam menyesuaikan negara kita berdasarkan sebarang perubahan yang berlaku selain meningkatkan usaha kita untuk memastikan hubungan dua hala kekal kukuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017
Ekonomi Malaysia masih mampu untuk terus kekal teguh meskipun tanpa TPPA. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Pertikaian Laut China Selatan: Kod Tatalaku masih di peringkat awal - Mohamad
Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.
Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.
Seni batik dan ukiran kayu: Usaha kreatif pupuk perpaduan ASEAN
Seni lukisan batik sering dilihat sebagai ekspresi rasa cinta kepada alam semula jadi, dan usaha kreatif ini seiring dengan semangat ASEAN.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.