awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekovest, Lim Kang Hoo setuju lanjut hingga 29 Ogos ini bagi muktamadkan ambil alih CRSB

Bernama
Bernama
25/07/2025
22:30 MYT
Ekovest, Lim Kang Hoo setuju lanjut hingga 29 Ogos ini bagi muktamadkan ambil alih CRSB
Ekovest berkata syarikat itu telah melantik MBSB Investment Bank Bhd sebagai penasihat utama dan Astramina Advisory Sdn Bhd sebagai penasihat kewangan bagi cadangan pengambilalihan itu. - Foto Ekovest
KUALA LUMPUR: Ekovest Bhd dan Tan Sri Lim Kang Hoo iaitu pemegang saham utamanya membuat persetujuan bersama untuk melanjutkan tarikh memuktamadkan cadangan pengambilalihan Credence Resources Sdn Bhd (CRSB) daripada 28 Julai kepada 29 Ogos tahun ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Ekovest berkata lanjutan berkenaan akan memberi lebih banyak masa kepadanya untuk mempertimbangkan cadangan pengambilalihan dan membolehkan semua pihak berbincang, berunding serta memuktamadkan terma perjanjian definitif yang akan dilaksanakan oleh pihak terlibat.
Ekovest berkata syarikat itu telah melantik MBSB Investment Bank Bhd sebagai penasihat utama dan Astramina Advisory Sdn Bhd sebagai penasihat kewangan bagi cadangan pengambilalihan itu.
Pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada cadangan penyusunan semula bagi memperkemas struktur pegangan saham ahli perniagaan itu dalam kumpulan syarikat berkenaan.
Cadangan pengambilalihan itu yang dimulakan pada 28 Okt 2023 melibatkan pembelian sebanyak 70 peratus kepentingan dalam Credence Resources dengan pertimbangan belian RM1.15 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekovest
#Bursa Malaysia
#CRSB
#pengambilalihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan