awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin

Bernama
Bernama
30/03/2022
21:33 MYT
Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin
Mohamed Azmin adalah antara delegasi yang menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai. - Foto Twitter Mohamed Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Ekspo 2020 Dubai telah berperanan sebagai platform kepada syarikat Malaysia untuk mengembangkan horizon mereka melalui pemeteraian instrumen kerjasama dengan syarikat-syarikat asing pada ekspo itu dalam pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, produk makanan dan tenaga.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuji kejayaan Pavilion Malaysia dalam menjana potensi nilai perdagangan, pelaburan dan petunjuk perniagaan bernilai lebih RM70 bilion bagi 26 program mingguan pada ekspo itu, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mohamed Azmin adalah antara delegasi yang menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai yang bermula 1 Okt, 2021 dan akan berakhir hari ini.
"Ekspo Dunia yang selanjutnya akan diadakan di Osaka pada 2025. Memandangkan Ekspo Dunia merupakan acara berprestij, Malaysia akan terus menyertai ekspo-ekspo pada masa akan datang, termasuk Ekspo 2025 Osaka.
"MITI selaku kementerian peneraju dalam penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan kita dalam Ekspo Dunia yang akan datang bakal mencapai matlamatnya. Berharap satu lagi Ekspo Dunia yang berjaya bagi Malaysia!," katanya menerusi catatan di akaun Twitternya.
Expo 2020 Dubai has indeed served as an avenue for Malaysian companies to expand their horizon through the signing of instruments of cooperation with foreign companies during the Expo in various sectors, such as healthcare, food products and energy. pic.twitter.com/VyebBHmfe5
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 30, 2022
Ekspo 2020 Dubai dianjurkan selama enam bulan mulai Oktober 2021 sehingga 31 Mac, 2022.
Pavilion Malaysia telah menerima 1.1 juta pengunjung sejak bermulanya penganjuran ekspo tersebut sehingga 29 Mac, 2022 yang melibatkan lebih 130 delegasi antarabangsa peringkat tinggi termasuk dari Amerika Syarikat, Arab Saudi, Australia, Argentina, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Ekspo 2020 Dubai
#syarikat Malaysia
#Ekspo 2025 Osaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan