awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport produk halal Malaysia dijangka meningkat tahun ini - HDC

Bernama
Bernama
08/05/2023
21:15 MYT
Eksport produk halal Malaysia dijangka meningkat tahun ini - HDC
Hairol Ariffein berkata pengeksportan produk halal Malaysia mencecah RM59 bilion pada 2022 iaitu 63 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian 2021 sebanyak RM30.3 bilion. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Pengeksportan produk halal negara dijangka meningkat sehingga 15 peratus tahun ini berdasarkan prestasi dagangan keseluruhan negara yang mencapai lebih RM3 trilion tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Bhd (HDC), Hairol Ariffein Sahari berkata pengeksportan produk halal Malaysia mencecah RM59 bilion pada 2022 iaitu 63 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian 2021 sebanyak RM30.3 bilion.
"Ini didokong pelbagai aspek termasuk jumlah pelaburan ke kawasan industri halal yang semakin meningkat. Jumlah pelaburan terkumpul sehingga Disember tahun lepas sahaja adalah sebanyak RM16.4 bilion.
"Kita menjangkakan lebih RM600 juta pelaburan akan masuk lagi ke 14 kawasan industri halal di seluruh negara tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program sesi padanan perniagaan HDC-Mydin sempena Jelajah Halal Malaysia Buka Potensi Tingkatkan Jualan, di sini pada Isnin.
Lebih 30 syarikat menyertai sesi padanan itu dan nama syarikat yang berjaya memasuki pasar raya Mydin akan diumumkan pada 18 Mei depan.
Mengulas lanjut, Hairol Arrifien berkata hampir 70 peratus eksport halal adalah ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik dengan permintaan tertinggi dari China diikuti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia.
Permintaan produk halal bagi negara Asia Pasifik sahaja sudah mencecah RM2.8 trilion tahun ini, lebih separuh daripada RM5 trilion yang disasarkan mampu dicapai pada 2030, katanya.
Beliau berkata ia merupakan satu fakta yang menarik kerana ramai beranggapan pasaran produk halal lebih mendapat tempat di negara Timur Tengah berikutan jumlah penduduk muslim yang lebih ramai di negara berkenaan.
Ia juga membuktikan bahawa produk halal turut mendapat tempat dan menjadi pilihan negara yang majoriti penduduknya bukan Islam kerana nilai tambah, kebersihan dan keaslian produk halal negara.
Dalam pada itu beliau berkata hampir 80 peratus produk halal yang dieksport adalah produk makanan dan minuman selain bahan ramuan yang digunakan untuk menghasilkan makanan dan produk bukan makanan seperti farmasitikal dan kosmetik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halal
#pelaburan
#HDC
#sesi padanan perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan