Skip to main content

Sukan

Scaloni buka peluang Messi sertai barisan kejurulatihan Argentina

Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni membuka peluang kepada Lionel Messi (gambar) untuk menyertai barisan kejurulatihannya selepas bintang bola sepak itu bersara sebagai pemain. - Gambar fail/ AP
Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni membuka peluang kepada Lionel Messi (gambar) untuk menyertai barisan kejurulatihannya selepas bintang bola sepak itu bersara sebagai pemain. - Gambar fail/ AP
Advertisement

BUENOS AIRES: Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni membuka peluang kepada Lionel Messi untuk menyertai barisan kejurulatihannya selepas bintang bola sepak itu bersara sebagai pemain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Jika dia mahu datang ke sini, tiada masalah sama sekali," katanya kepada pemberita lewat Isnin.

Messi bersara daripada bola sepak antarabangsa pada usia 39 tahun selepas Argentina muncul naib juara kepada Sepanyol pada Piala Dunia yang berlangsung pada Jun dan Julai.

Advertisement

Empat tahun sebelum itu, Messi dan Scaloni membawa skuad Albiceleste menjulang kejuaraan Piala Dunia di Qatar.

Penolong jurulatih Scaloni, Walter Samuel akan meninggalkan barisan kejurulatihan Argentina pada akhir tahun ini untuk meneruskan kerjaya sebagai ketua jurulatih.

Advertisement

Bagaimanapun, Messi mungkin belum bersedia untuk bersara sepenuhnya daripada bola sepak selepas menandatangani kontrak bersama Inter Miami sehingga 2028.

Scaloni baru-baru ini melanjutkan kontraknya sebagai ketua jurulatih Argentina sehingga Piala Dunia 2030.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement