KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu difahami dengan sebaik-baiknya sekiranya ia mahu dilaksanakan semula, sepertimana yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Jelas penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Yusuf Saari, kegagalannya untuk diterima baik oleh rakyat pada pelaksanaannya sebelum ini adalah kerana bukan sahaja orang ramai tetapi tidak kurang para peniaga yang tersalah interpretasi tentang mekanisme pelaksanaannya.
Katanya, sekiranya ia benar-benar dilaksanakan sepertimana yang sepatutnya, harga barang tidak akan naik dengan ketara.
“Terdapat percanggahan, ada orang faham GST ini adalah dikenakan kepada harga akhir barangan itu, maksudnya kalau jual RM2 ada tambahan enam peratus kepada harga itu. Tidak.
“(Sepatutnya) kalau harga jualannya RM2 tapi perbezaan (margin) antara kos beli dengan harga jual katakanlah 50 sen, jadi enam peratus daripada 50 sen itu tidaklah sampai 10 sen.”
Maka untuk mengelakkan kekeliruan dengan pelaksanaan terdahulu, beliau mencadangkan supaya kerajaan tidak lagi menggunakan jenama GST sebaliknya memakai nama cukai nilai tambah, atau VAT.
Jelasnya, banyak negara di dunia mengamalkan sistem percukaian yang sebegini tetapi mereka memanggilnya VAT, bukan GST.
“Pada pandangan saya, elok dipanggil VAT supaya bila orang dengar, mereka faham bahawa ini adalah cukai yang dikenakan kepada nilai yang ditambah, atau bahasa mudahnya keuntungan yang diperoleh setelah tolak kos.
“Banyak sangat kekeliruan dan salah faham dalam masyarakat, jadi jika nak dilaksanakan mungkin setahun lagi dari sekarang maka pendidikan ke atas cukai ini perlu dibuat bermula sekarang.”
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Sat Jun 04 2022

Untuk elak kekeliruan, Yusuf cadang supaya kerajaan tidak lagi menggunakan jenama GST, sebaliknya memakai nama cukai nilai tambah, atau VAT. -Gambar hiasan

Antilompat Parti | Dewan Negara lulus RUU, sokong lebih dua pertiga
Dewan Negara pada Selasa telah meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga. Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sewaktu mengumumkan perkara itu berkata, jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Ketirisan LCS | Tubuh RCI bagi siasatan menyeluruh - Asyraf Wajdi
Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan berkata, perlu ada satu titik noktah yang berautoriti agar semua pihak terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat mencapai objektif asal kepada perolehan aset berkenaan.

Lumba Haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras isu lumba haram di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak berkata, cadangan pindaan hukuman membabitkan individu terlibat lumba haram dan pihak lain yang menyokong kegiatan berkenaan.

Mahkamah | Hasanah bebas tuduhan pecah amanah RM50.4 juta
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada tuduhan pecah amanah wang AS$12.1 juta (RM50.4 juta) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
![[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022) [INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981865/8967789641660048710976_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022)
Kadar pengangguran pada bulan Jun menurun kepada 3.8 peratus, angka terendah sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan
Najib menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Syarikat Pemula | Cradle Fund meterai memorandum dengan Microsoft Malaysia
Kolaborasi antara Cradle dan Microsoft membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan platform kepada syarikat pemula tempatan dalam membangunkan hasil inovasi di peringkat global.

Bagaimana dekriminalisasi ganja beri kesan ke atas pelancongan Thailand?
Menteri Kesihatan Thailand memberi amaran kepada pelancong bahawa ia bukan 'undangan' bagi warga asing menggunakannya secara bebas.

JBPM bakal wujudkan Mocsar di Gunung Stong dan Gunung Tahan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mewujudkan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) di Gunung Stong, Kuala Krai dan Gunung Tahan, Pahang.

Tafsiran suri rumah dalam SKSSR yang diliputi oleh Perkeso
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menjelaskan tafsiran suri rumah yang layak diliputi SKSSR yang ditadbir oleh Perkeso.

Komitmen, sumbangan Astro AWANI terhadap kelestarian alam sekitar wajar dicontohi - UN-Habitat
Maimunah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat pada 22 Januari 2018 menggantikan penyandang jawatan tersebut sebelum itu Dr. Joan Clos dari Sepanyol.

GEG pelengkap usaha cegah rakyat daripada bahaya rokok - Pakar kesihatan
Usaha membangkitkan kesedaran menerusi pendidikan dapat diperkuat dengan kewujudan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

GEG: Bukan untuk menghukum tapi melindungi - Pengamal undang-undang
Manusia akan bebas melakukan kerosakan jika tidak dipandu dengan undang-undang.

RUU Kawalan Tembakau dan Merokok kompromi kepada realiti sebenar masyarakat
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentang di parlimen disifatkan sebagai kompromi kepada situasi dan realiti sebenar yang dihadapi masyarakat Malaysia pada ketika ini.

'Pelihara Parlimen sebagai platform martabatkan demokrasi, kebenaran'
Terdapat mekanisme yang membolehkan platform Parlimen dimanfaatkan bagi membawa kebenaran dan menjawab semua persoalan.

RUU Antilompat Parti dijangka melepasi 148 undi Ahli Parlimen - Penganalisis politik
Chin Huat berpendapat isu Ahli Parlimen dipecat oleh parti dan Ahli Parlimen yang melompat dari satu gabungan kepada gabungan parti lain perlu diberi tumpuan selepas RUU Antilompat Parti diluluskan.

Satu hari nanti, akan tiada lagi hukuman mati di negara ini - Wan Junaidi
Generasi akan datang akan mempunyai pemikiran yang berbeza tentang kewajaran menghukum dengan menawatkan riwayat seseorang manusia.

'Tiada kaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan kenaikan kes jenayah berat'
Wan Junaidi berkata, orang ramai tidak gerun dengan hukuman mati, sebaliknya takut ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Selain ke tali gantung, apa selainnya yang lebih berkesan sebagai pedoman? Agenda AWANI 9 malam ini
Pemansuhan hukuman mati mandatori perlu diganti dengan bentuk hukuman yang lebih setimpal dan berupaya mengurangkan kadar jenayah berat di negara ini.

Elak kekeliruan, guna jenama cukai nilai tambah VAT ganti GST - Penganalisis ekonomi
Percanggahan pemahaman semasa pelaksanaannya dahulu menyebabkan ia gagal memberi manfaat yang sepatutnya kepada negara.