awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO4M untuk RON95 ditangguh hingga 2020

Najib Aroff
Najib Aroff
05/10/2018
07:22 MYT
EURO4M untuk RON95 ditangguh hingga 2020
Setakat ini hany RON97 melaksanakan EURO4M di Malaysia manakala RON95 masih menggunakan spesifikasi EURO2M. - Foto Fail
Kerajaan menangguhkan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 di Malaysia sehingga 1 September 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau dalam satu kenyataan, langkah itu susulan syarikat minyak memerlukan lebih masa untuk membuat persediaan bagi memastikan bekalan RON95 EURO4M memenuhi keperluan pasaran di Malaysia tanpa memberi kesan kepada harga jualan runcit kepada pengguna.
“Kerajaan memutuskan pelaksanaan petrol RON95 EURO4M ditangguh dari 1 Oktober 2018 kepada 1 Januari 2020.
“Langkah ini adalah untuk menjajarkan perubahan harga kos produk bagi petrol RON95 EURO4M mulai Julai 2019 dengan permulaan kerja kerja transisi kepada produk petrol RON95 EURO4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak selama 6 bulan,” katanya lagi.
Pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009, iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.
Pelaksanaan tersebut dipersetujui pada 18 Ogos 2014 mengikut pecahan berikut:
a. Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015. b. Petrol RON95 EURO4M pada 1 Oktober 2018. c. Diesel EURO5 pada 1 September 2020. d. Petrol EURO5 pada 1 September 2025.
Setakat ini hanya RON97 melaksanakan EURO4M di Malaysia manakala RON95 masih menggunakan spesifikasi EURO2M.
EURO4M merupakan piawaian kawalan asap eropah bagi menjaga alam sekitar melalui pengenalan enjin mesra alam.
Justeru setiap enjin ini memerlukan bahan bakar yang memenuhi piawaian EURO4M.
Topic Berkaitan
#bahan bakar
#Datuk Saifuddin Nasution Ismail
#diesel
#EURO4M
#harga minyak
#minyak
#petrol
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan